When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Tuesday 10 May 2011

Tema warna untuk majlis perkahwinan


Assalamualaikum 

Hai. Pertama-tamanya, saya ingin berkongsi pendapat mengenai pelette warna untuk majlis perkahwinan. Pada bulan April yang lalu, Pameran Pengantin telah dibuat di PWTC selama tiga hari yang dijayakan oleh pelbagai pempamer. Saya tidak melepaskan peluang melawat pameran ini sambil mengumpul maklumat yang patut. Apa yang ketara dapat dilihat, kebanyakan pempamer menggunakan warna dari rona ungu sebagai prop mereka. Kebanyakan pelamin dan baju persandingan adalah dari warna ungu. Mungkinkah warna ungu adalah wedding theme of the year buat tahun ini? 

Apapun, selepas itu, saya mula jatuh cinta dengan warna ungu. Ia nampak elegan dan klasik. Ungu juga sebenarnya adalah warna diraja. Rona ungu gelap sangat menarik perhatian saya buat masa ini. Apatah lagi jika digabungkan dengan warna putih, seri warnanya begitu menyerlah. Itulah yang dimahukan pada hari bersejarah itu, sesuatu yang menyerlah dan memukau pandangan. Ini adalah pendapat peribadi saya. Pendapat orang lain mungkin berbeza bergantung kepada pandangan masing-masing. Mungkin saya juga akan mengaplikasikan warna ini untuk hari bersejarah itu. Semoga apa yang diharapkan dapat diaplikasikan dengan jayanya.


Thanx with

Thursday 5 May 2011

Inspirasi Raja Sehari

Demi melakar sejarah pada detik indah dan penuh makna itu, pasti banyak yang perlu difikirkan, pasti banyak yang perlu diambil kira dan banyak jugalah persiapan yang harus dimulakan. Mulai dari pelamin kemudian ke baju persalinan, ke bilik pengantin, ke makanan tetamu, dan macam-macam lagi hinggalah ke cenderahati buat  tetamu. Banyak yang perlu dititik beratkan demi kepuasan diri dan semua yang terlibat. Mujur, dengan zaman teknologi yang canggih, banyak idea boleh digali di dunia tanpa sempadan ini, ya, internet. Banyak website-website dan blog-blog peribadi yang berkongsi idea dan pengalaman melaksanakan majlis gemilang masing-masing. Bahkan, ada yang telah menjadi perunding majlis hasil kretiviti menata majlis perkahwinan yang ditonjolkan di ruangan blog peribadi milik mereka. Para perunding majlis sedia ada jugak turut dapat mengembangkan bisnes dengan capaian pelanggan yang lebih luas. Segalanya lebih mudah sekarang. Tidak hairan, kita dapat lihat perkembangan yang pantas dalam menghasilkan sesuatu yang unik dan tersendiri bagi menata sesuatu majlis perkahwinan. Syabas dan terima kasih buat mereka ini. InspirasiRajaSehari juga tidak melepaskan peluang ingin melibatkan diri. Berkongsi idea dan mencari inspirasi. Kerana majlis itu pasti sesuatu yang sangat indah untuk dikenang. Pasti kita mahukan yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...