When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Thursday 29 September 2011

Checklist perkahwinan

Assalamualaikum,
Kalau tak ada checklist memang susah nak mulakan sesuatu. Since saya tak start satu preparation pun lagi untuk hari penting itu, better saya letak checklist yang dah saya buat dekat sini, so anything saya boleh update terus and refer selalu bila datang sini. Checklist saya ringkas sahaja, ala-ala buat syarat. 

WEDDING PROCEDURE
  • Kursus kahwin
  • Ujian HIV
  • Tok kadi
  • Borang Nikah
SOLEMNIZATION
  • Tempat
  • Persalinan
  • Mekap
  • Hand bouquet
  • Bantal nikah
RECEPTION
  • Dais
  • Persalinan
  • Mekap
  • Hand bouquet
  • Bunga telur
  • Pengapit
  • Kompang
BEDROOM
  • Bed sheet
  • Curtain
  • Furniture
  • Vase & flower
  • Lamp
FAVOUR
  • for adults
  • for kids
  • thank u tag
  • paper bag
  • bakul/raga/meja
  • for majlis tahlil
HANTARAN
  • Items
  • Decoration
OTHERS
  • Food & beverages
  • Invitation card
  • Bunga manggar
  • Wedding signage / bunting
  • Corsage/boutonniere
  • Table decor & centerpiece
THEME COLOUR
  • Bride & groom
  • Dais
  • Bedroom
  • Family member
  • Wedding favour
  • Invitation card

As mentioned earlier, memang ringkas sahaja checklist saya, tu pun dah refer blog2 lain (thanks y'all) apa nak masukkan. Anything yang tertinggal, saya akan segera update (moga dikurniakan sifat rajin itew). Oh ye, bahasa rojak itu... sila abaikan.....

Thanx with

Tuesday 27 September 2011

D.I.Y - bunga pahar (bunga stoking)

Assalamualaikum,


Saya kini sedang berkira-kira tentang bunga pahar yang saya kira (lagi) is one of the important things (eh, rasanya semua penting kot) dalam majlis kahwin nanti. Apa taknya, bunga pahar adalah sebahagian daripada pelamin, tempatnya pun betul-betul di hadapan pelamin di kiri dan kanan. Perlulah spesial sikit, terutama bunga pahar ni akan diberi pada tetamu juga... 

Saya masih belum ada idea konkrit untuk bunga pahar tapi saya suka tengok trend sekarang dengan bunga dip tu ataupun bunga stoking. Kalau kena gaya memang nampak cantik sangat dan ekslusif.... Kalau boleh saya nak bunga pahar untuk majlis saya nanti juga ada warna putih and a bit of pink and grey. Wah gitu, sepadan dengan pelamin, hehe... Jangan tenggelam sudah....

Kalau saya nak D.I.Y tu susahlah nak janji, tapi saya ada search di youtube memang melambak tutorial untuk buat bunga, Boleh lah belajar kat situ kalau tiba-tiba datang angin baik jadi rajin nak buat sendiri pulok. Ada satu video yang saya suka sangat the flower and also the colour. Memang sebelum ni saya dah berkira-kira (lagi) untuk gunakan calla lily sebagai corsage untuk para gentlemen. Dan semalam terjumpa pulak dengan video ini, sangat suka...

Jadi harus upload di sini dulu, boleh lah rujuk balik bila time rajin tu datang, hehek....



The colour sangatlah cantik, really love it. Got to do it too..... Hee, yang ni tak promise.... Tapi tutorial video ni sunyi sepi lah, takde suara lah pulak, at least lagu ke... Tapi takpelah, at least dia tunjuk in details jugak satu-satu macammana nak buat. Memang mudah nak faham. Okey, that's it! Esok sambung fikir lagi, hehe...

Thanx with 

Sunday 25 September 2011

Si cantik manis Kate Middleton

Assalamualaikum,
Oh oh, hari Ahad hampir berlalu. Ini berarti esok kena bekerja, uh uh.... Boleh tak kalau nak Ahad sekali lagi? Huhu.... Sebelum masuk tidur dan kumpul tenaga untuk pergi kerja esok, saya saja-saja nak letak gambar Kate Middleton kat sini. Harap-harap boleh ambil aura seorang puteri, haha, joke. Yes, perkahwinan beliau dan suami beliau dah agak lama pun, tapi bukan nak cakap pasal dia punya wedding, tapi stail dia berpakaian, suka lah tengok, stail sungguh. Tapi tak hairan pun kan kalau dah ada duit, apa pun jalan je.... Ni antara pix dia yang saya cilok tanpa pengetahuan dia. My apology your highness ^^,












Haha, gambar nampak lebih kurag sama je kan. Ekceli saja je nak upload gambar dia yang sopan-sopan sikit kat sini. Alih-alih dah nampak lebih kurang plak fesyen dia, huhu. Tapi memang saya suka tengok dia dressing, nampak cantik je, even with the simple one. Maybe its the aura of being the royalty kot....

And... last but not least, hehe..... 



Of course wedding dress dia. Cantik and elegant and classy. Suka sangat tengok. And sesuai jugak kalau nak adapt into baju sanding kan. Kate Middleton memang bercitarasa tinggi kan. Ye lah, husband pun kerabat di raja kot.... Kelass kau Kate, he...

Oklah, time to go sleep. And dream..... And zzzzzz............


Thanx with

Saturday 24 September 2011

Inspirasi: Wedding Journal

Assalamualaikum,


Ingat lagi masa mula-mula eksaited memikirkan pasal wedding prep. Perkara pertama dalam kepala otak adalah untuk buat wedding journal lah of course. Senang nak catit apa-apa atau nak selit apa-apa info pasal wedding dan senang nak rujuk balik. Yang penting boleh bawak ke hulu ke hilir ikut suka tanpa bantahan dan mudah untuk take note or wat lakaran or conteng-conteng.


Antara pix yang saya simpan dalam folder saya adalah....




 ini



cantik kan? Kreatif... pink gitu...


try tengok yang lain pulak....


 Yang ini pun cantik. Suka part ribbon tu. Nampak classy

 Yang ini nampak klasik dan simple. Nampak suci murni je...

 So nice lah. Loving this one. Sweet je.


 Yang ini warna-warni. Nampak ceria...

 A bit of touch at the front cover memang mencantikkan wedding jounal ini
so creative. thumbs up!


 Yang ini pun putih suci murni. Sangat kena dengan wedding theme kan, sekali pandang terus ingat pasal wedding


 Ada jugak yang simpel macam ini. 
 Yang ini juga cantik. Pastel colour.


 For those who like pink, I bet they'll like this. Cute!

Pix source: courtesy of google


And.... what about mine? Okey, saya sebenarnya sangat teruja nak d.i.y. wedding journal saya few months ago, hehe. Tambah-tambah bila terjumpa entry HazlyndaKushairi yang ini, memang inspired betul. Tengok wedding journal dia:


Stail sungguh. White lacey wedding journal
source: hazlynda.blogspot.com

Cantik kan? Mula-mula tu saya ingat nak buat yang simpel je, pergi beli A4 size paper yang warna warni tu siap sekali dengan comb binding punya. Bila balik dan mengadap kertas tu, terus saya fikir macammana nak design cover dia. Pikir punya pikir, last2 idea tak keluar. Termenung je tengok kertas-kertas tu. Terus bungkus balik. (punya la tak kretip, huhu) Esok pagi, terus saya heading ke MPH bookstore macam yang Hazlynda buat. Belek punya belek punya belek, akhirnya, tadaaa....




Hewhewhew, akhirnya saya beli yang pasang siap je, aci tak, lagipun... not bad gak kan? Even simple je...
Anyway ada word inspire kat depan tu.... Buku ni memang banyak versi colour, different colour with different word. And pink one comes with the 'inspire' word u know... Melambak-lambak kat MPH. (inspired sungguh wed journal den, haha)









Selak je first page, boleh lah baca mukaddimah ni dulu....
Yeah, I want to succeed in getting my wed preparation done.. successfully..
People out there, inspire me okeh...


Pastu terus letak resit2 ni dalam journal ready made tu. hehek. Dalam dia memang takde garisan and kertas dia tebal. Sesuai untuk sketch ke conteng-conteng ke design-design ke, heh...
Sekarang tak banyak guna pun lagi, ada checklist, sketch sikit2 dan biznez kad serta quotation je.



Errkkk, yang ni la yang tak jadi tu, huhuhuww... macam nak wat project paper dak skul je kan...

ok, till next time!

Thanx with

Persalinan Keluarga di Hari Persandingan

Assalamualaikum,


Tak lama je lagi ke tarikh itu. Lima bulan tu... memang tak lama rasanya. My oh my. Satu preparation pun takde lagi. Hanya ada dalam kepala otak je, huhu. Someone please wake me up! Relax sungguh saya. Satu prep pun tak buat. Bila baca blog-blog bride-2-be, I'm nervous, panik pun ada, they've settled so many things at the earlier stage. Good job for them. Its now time for me to wake up and get things done. 

Banyak kan nak kena fikir as a bride-to-be. Di mana saya nak mula? Bila duduk diam-diam dan fikir pasal wedding prep ni memang boleh pusing jadinya, macam-macam nak kena ambil tahu. Hari ni saya decide nak mulakan dengan family saya. Mula review je, bukan mula bertindak dan buat, haha. Referring to my theme: pink, grey, so there you go, pink for ladies and grey for gentlemen. Saya harap kombinasi ini menjadi. Mari cuba....... 




                         yang ini untuk para wanita                                     yang ini untuk para lelaki




Boleh la mak, adik-adik and makcik-makcik serta anak buah saya yang comel melaram dengan warna pink manakala si lelaki nampak macho dengan warna kelabu itu. Tapi kalau boleh nak yang jenis satin, much better kot. Too much colourkah? Hope not. Hmm, harap ini akan jadi satu realiti. 


Hope it will look nice just macam kat bawah ni------


oh so sweet Dr. SMS and Dr. Harlina


Encik Harry Potter ni pun look nice in those combination


Its now just about getting the right colour shade to boost the perfect combination. Selepas ni harus fikir time untuk beli kain dan siapkan. I mean tukang jahit lah yang siapkan. Cepat-cepat! Tak lama je lagi...


Wahai kaum kerabatku, harap-harap tiada bantahan okey.





Thanx with
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...