When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Friday 2 December 2011

Menuntut ilmu di Ipoh

Assalamualaikum,

Bersua kembali, huhu... Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, Alhamdulillah saya berjaya mengisinya dengan sesuatu yang amat berfaedah. Saya berkerusus kahwin di Ipoh mali selama dua hari. Maunye tak berfaedah kan.... Masa ni lah kot nak mengutip mencedok dan menyelongkar segala ilmu rumahtangga walaupun tak tercover semua2 topik yang berkaitan. Tapi pengalaman itu seronok, terasa macam kembali ke kelas waktu zaman budak hingusan masa skul dolu2 subjek Pendidikan Syariah Islamiyah. Yup, sama macam tu perasaan dia. Tapi kali ini lebih seronok, kerana saya mampu pay attention for a longer time before mata menjadi kuyu bagi penceramah yang tak berjaya buat mata saya bersengkang sambil mendengar penuh teliti. Tambah seronok, bila deme2 ustaz kemain cakap Peghak pekat bebeno, sian dah teman tengok ada sorang ni from Indonesia, entah paham ke idok gamaknye tu... huhuw... Lawak sungguh Ustaz2 ni. Buat teman tak keghing gusi.

Saya rasa sepanjang dua hari itu adalah hari yang paling saya banyak senyum, kah kah. Seronok dapat masuk kelas dan timba ilmu, sudah lama tidak buat ini. Tahu tak, walaupun saya sudah tersenggok tapi masih mampu mendengar kata-kata dan nasihat dari ustaz. (Sesungguhnya saya tidak merancang untuk mengantok walaupun saya secara sengaja memakan nasi lemak sebelum itu.) Saya suka Ustaz2 kongsi pengalaman2 mereka menguruskan masalah2 rumahtangga dan kes2 berat yang telah mereka selesaikan. Ada sekali tu sampai saya rasa takut mahu kahwin, haduyai.... Eh, tak2, saya masih mahu kahwin... Insya'Allah....


Saya berkerusus kahwin ini organized by Hasani Management. Okeh aja ya untuk orang Perak. Cawangan adalah sekitar Perak dan Kedah. Sijil kursus kawin pun dapat on the dot lepas semua topik dah dicover. Oh, saya suka sangat sebab menang lucky draw masa penamat kursus tu, sebab bukan senang nama saya nak terpilih untuk lucky draw tahu, susah bangat2. Alhamdulillah, hehe..... Best kan, siap ada lucky draw mingguan, and untuk lucky draw bulanan dapat pakej bulan madu, wawawee.... bertuahnya lah siapa yang dapat.

Derr, baru saya tahu rupanya buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' yaang ada dekat rak buku rumah sewa saya ni dapat bila kita pergi berkerusus kawin. Hahah. Topik yang di cover adalah akidah, ibadah, akhlak, perkahwinan dan prosedur, hubungan dalam keluarga, pengurusan kewangan dan masa, pengurusan kesihatan, komunikasi suami isteri, pengurusan tekanan dan konflik dalam kehidupan, dan lastly pembubaran perkahwinan. Seronok ah kutip ilmu. Harap apa yang diajar itu melekat dalam kepala otak ni sampai bila2. 

Di sini saya mahu kongsi tip buat bakal isteri yang tidak rela bermadu. Lepas akad nikah nanti segeralah bawa sijil kursus kahwin si suami ke kedai dan liminate kan sijil tersebut lalu simpan rapi di ruang terbuka. Hahak. Sebab setiap kali bila akad nikah nanti, sijil kawin itu perlu di cop, jadi cukup lah sekali cop sahaja bukan. Bahah. Ruang terbuka itu pula supaya kita mudah kesan akan kehilangannya. Ini tip yang rakan sekursus di sebelah saya ajar. Kikiki.


Taman Rekreasi Gunung Lang


Selepas habis convocation, kami menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang yang saya nampak dari jauh pada malam sebelumnya, lalu bertanya pada si dia tempat itu ada apa, lalu si dia berjanji mahu bawa saya ke situ, lalu kami sampai secara tiba-tiba pada keesokan harinya. Bila sampai di sana, banyak sungguh kelibat pengantin yang saya nampak. Pusing kiri nampak pengantin pusing kanan nampak pengantin. Petang tu saja, hampir sepuluh pasang pengantin ada dekat situ untuk sesi fotografi. Even chinese bride pun ada jugak. Memang terbaik la tempat tu untuk sesi fotografi. Sampai saya nak amik gambar sendiri pun rasa macam mengganggu si pasangan pengantin yang tengah shoot. Huhuh. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk jadi paparazzi sahaja, curi2 ambil gambar mereka seperti di bawah, ehee.
Photoshooting sedang berlangsung
Sho Shweet...

Ada tasik juga di sini


Ait pengantin lelaki tu, sempat lagiii.....








Di bawah ini adalah shoot perasan fotografer yang saya ambil, eheh....
(padahal guna compact camera je)





Cantik tempat ini untuk photoshoot, siapa2 yang berdekatan Ipoh, suruhlah O.P anda bawa anda ke sini ye, hee.... Malam itu ke Green Town Mall dan Gerbang Malam... Hujan renyai-renyai..... Oh, malam tu juga Malaysia kalah dengan Bahrain 2-3, eh, tiba2.

Tips kesihatan dari penceramah:
Orang yang kurus biasanya mempunyai tahap kolesterol yg tinggi sebab badannya kurang kemampuan untuk tukarkan kolesterol menjadi lemak. Orang yang xxl itu biasanya mempunyai kolesterol rendah kerana kolesterol2 tersebut telah ditukar menjadi lemak yang menyumbang kepada tumbesaran badan.... (saya orang yg dah dua kali disahkan mempunyai kolesterol tinggi, wuu..)


checklist kursus kahwin: Done!


P/S: pergi la tengok Ombak Rindu, menyayat hati betul cerita tu, best!

Thanx with
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...