When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Sunday, 18 November 2012

Self made hand bouquet

Assalamualaikum


Ini bunga tangan yang saya buat sendiri untuk majlis nikah dan majlis resepsi. Err, first time menggubah bunga bagai, main hantam je, janji puas hati.. Amacam, ada ok?

Yang kat depan warna purple tu untuk majlis resepsi n yang dekat belakang warna peach yang dah layu2 tu untuk majlis nikah yang berlangsung seminggu sebelum majlis resepsi. Sebab tu dah layu.... Tapi ada yang still kembang cantik...

Alkisah masa saya bertunang tahun lepas, sehari sebelum Valentine's Day... Abang saya sponsor hand bouquet, yang dah siap dibuat di kedai.. Tau2 la, kalau time Valentine's day bagai ni, time tu la harga bunga mencanak2 naik..... Sekuntum RM10, bayangkan la kalau nak 10 kuntum, tu belum lagi dia decorate n tambah bunga2 lain lagi.. Dalam RM200 jugak la for just a hand bouquet, hamik kau.... Tapi tah kenapa rasa tak puas hati ngan gubahan dia... Dicampurnya macam2 bunga n daun dekat hand bouquet tu.. Dah tenggelam dah bunga ros yang sepatutnya lebih menonjol... Tapi saya berbesar hati la sebab dah ada orang sponsor kan...


Jadinya saya amik keputusan nak gubah sendiri je untuk wedding... Sehari sebelum majlis nikah, saya singgah kedai bunga dekat Tesco and beli bunga peach terang tu 10 kuntum and peach tak bermaya tu dalam 10 kuntum, lebih kurang.... lepas tu saya ingat nak beli bunga yang kecik2 warna putih yang apantah nama dia tu untuk selit2 kat celah bunga tu, kasi seri sikit, tapi kedai tu takde jual lah pulakkk..... Last2 saya beli yang palsu punya dekat kedai bunga tiruan. Jadilah tu, hahak.... selit2 manja je kat celah2 bunga tu. kalau silap pegang, memang boleh terabur, haha.... Daun2 kat tangkai bunga tu semua saya buang n then cantum2 kan je... Kat tengah letak bunga peach terang, and keliling dia letak yang tak terang sket. Tangkai dia tu saya balut dengan doily paper saiz kecil. Lepas tu lilit2 dengan ribbon warna emas. Ribbon ni tak beli pun... Set cadar bilik saya tu dia ikat dengan ribbon ni dekat luar pack dia. Daripada buang macam tu je, baik saya guna... Nice jugak. Alhamdulillah puas hati walaupun ringkas dan seadanya sajo.... Sekuntum bunga tu baru RM2, tapi bunga besar gedabak kan... So total2, tak de la sampai RM50 untuk hand bouquet tu.... 



Ini pulak bunga untuk majlis resepsi. Sehari sebelum majlis saya pesan pada kakak ipar untuk belikan bunga warna purple... Kebetulan memang dia nak beli bunga jugak. Bunga ni kakak ipar beli dekat kedai India, so lagi murah la dari kedai yang dekat Tesco tu.... Bunga2 kecik siket tapi still cantik... Lepas buang daun kat  tangkai, saya combine2 kan aje bunga tu. Pastu kat tengah2 letak bunga kaler peach pink 3 kuntum. Nampak la lain sket kat situ.... Pastu kakak ipar ada beli extra bunga yang kecik2 tu.... Real one, haha, akhirnya... So saya letak je la kat keliling bunga n selit kat celah2 tu.... Doily paper dah habis so saya just balut dengan ribbon kaler putih.... Hokey lohhh.... N then, done!! Simple kot... Tapi suka n puas hati sangat....

Pearl comel2 tu kakak ipar bagi. Lagi la bertambah2 seri hand bouquet ni...

Ok, tu je lah... Kbye....

Thanx with

Saturday, 28 January 2012

An Acceptance

Assalamualaikum,
Ya ampunnn..... saya sangat rindu sama kamu blog. Sudah lama tidak kekunjungan secara serius. Tengok, sudah pukul 1 pagi dan kepala sudah weng weng baru terbuka hati nak sign in and click new post. Its all about ilham kan. And its all about timing. This is just (maybe) a perfect time. Eh, melalut. Cakap saja kau malas duduk bersila depan laptop dan taip entri baru serta upload gambar sebab screen laptop kau asyik blink warna gelap dan pastu ada kesan gegaran secara tidak henti. Sebab tu kau tak ada hati nak merajinkan diri kan. Eh, melalut lagi. Luahan hati seorang B2B.
Today, tiada apa yang mahu saya kongsikan mengenai persiapan saya ke hari besar itu. (Nada serius sebab sudah tengah malam). Akhir-akhir ini, kepala saya sarat berfikir, macam-macam. About the wedding, about the marriage, about my family, about the future family, about me, and about me as a Muslim. Segala benda yang boleh difikir menerjah masuk dalam minda. Kata kawan, bila hari makin hampir ke situ, dugaannya makin kuat. Cubaannya makin banyak. Bergantung kepada individu itu untuk tangani segala hal.

oh, bila saya kata dugaan, tiada dugaan besar yang menimpa saya. Cuma diri ini terlalu banyak bermonolog (cakap dalam hati) dan merenung ke hadapan yang tak jelas, merunsingkan diri dengan segala hal. Cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Bagusnya kalau sebulan itu sudah berlalu tanpa saya perasan, tahu2 sudah jadi isteri orang, huahua. Hilang segala bebanan dan 'masjid' pun sudah selamat didirikan. Tapi saya sedar saya bukan hidup dalam dunia magis. Jadi saya harus tempuh masa yang kritikal ini. KRITIKAL. Your body and your mind starts to work harder this time. You have to be strong to go through this tough time. It may not happen to all, but I believe the last-minute-person like me will have to go through this critical time. Ada sahaja yang mengganggu jiwa.

Oh, bosan sudah melalut seperti di atas.

Mungkin bila sudah pukul satu pagi tulisan akan melalut sebegitu rupa.
Saya mahu kongsikan sesuatu.

Dari seorang encik di pejabat.

Pesanan dia pada tahun 2009 masih jelas saya ingat, dan selalu terngiang2 di telinga.

Ada tiga benda yang kamu kena terima dengan suami kamu:
1. Terima keluarga dia
2. Terima kawan dia
3. Terima hobi dia

Mudah bukan.

Tetapi, mudahkah untuk melakukannya?

Insya'Allah, saya akan ingat pesan ini.

 Sekadar gambar hiasan 



Thanx with

Friday, 2 December 2011

Menuntut ilmu di Ipoh

Assalamualaikum,

Bersua kembali, huhu... Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, Alhamdulillah saya berjaya mengisinya dengan sesuatu yang amat berfaedah. Saya berkerusus kahwin di Ipoh mali selama dua hari. Maunye tak berfaedah kan.... Masa ni lah kot nak mengutip mencedok dan menyelongkar segala ilmu rumahtangga walaupun tak tercover semua2 topik yang berkaitan. Tapi pengalaman itu seronok, terasa macam kembali ke kelas waktu zaman budak hingusan masa skul dolu2 subjek Pendidikan Syariah Islamiyah. Yup, sama macam tu perasaan dia. Tapi kali ini lebih seronok, kerana saya mampu pay attention for a longer time before mata menjadi kuyu bagi penceramah yang tak berjaya buat mata saya bersengkang sambil mendengar penuh teliti. Tambah seronok, bila deme2 ustaz kemain cakap Peghak pekat bebeno, sian dah teman tengok ada sorang ni from Indonesia, entah paham ke idok gamaknye tu... huhuw... Lawak sungguh Ustaz2 ni. Buat teman tak keghing gusi.

Saya rasa sepanjang dua hari itu adalah hari yang paling saya banyak senyum, kah kah. Seronok dapat masuk kelas dan timba ilmu, sudah lama tidak buat ini. Tahu tak, walaupun saya sudah tersenggok tapi masih mampu mendengar kata-kata dan nasihat dari ustaz. (Sesungguhnya saya tidak merancang untuk mengantok walaupun saya secara sengaja memakan nasi lemak sebelum itu.) Saya suka Ustaz2 kongsi pengalaman2 mereka menguruskan masalah2 rumahtangga dan kes2 berat yang telah mereka selesaikan. Ada sekali tu sampai saya rasa takut mahu kahwin, haduyai.... Eh, tak2, saya masih mahu kahwin... Insya'Allah....


Saya berkerusus kahwin ini organized by Hasani Management. Okeh aja ya untuk orang Perak. Cawangan adalah sekitar Perak dan Kedah. Sijil kursus kawin pun dapat on the dot lepas semua topik dah dicover. Oh, saya suka sangat sebab menang lucky draw masa penamat kursus tu, sebab bukan senang nama saya nak terpilih untuk lucky draw tahu, susah bangat2. Alhamdulillah, hehe..... Best kan, siap ada lucky draw mingguan, and untuk lucky draw bulanan dapat pakej bulan madu, wawawee.... bertuahnya lah siapa yang dapat.

Derr, baru saya tahu rupanya buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' yaang ada dekat rak buku rumah sewa saya ni dapat bila kita pergi berkerusus kawin. Hahah. Topik yang di cover adalah akidah, ibadah, akhlak, perkahwinan dan prosedur, hubungan dalam keluarga, pengurusan kewangan dan masa, pengurusan kesihatan, komunikasi suami isteri, pengurusan tekanan dan konflik dalam kehidupan, dan lastly pembubaran perkahwinan. Seronok ah kutip ilmu. Harap apa yang diajar itu melekat dalam kepala otak ni sampai bila2. 

Di sini saya mahu kongsi tip buat bakal isteri yang tidak rela bermadu. Lepas akad nikah nanti segeralah bawa sijil kursus kahwin si suami ke kedai dan liminate kan sijil tersebut lalu simpan rapi di ruang terbuka. Hahak. Sebab setiap kali bila akad nikah nanti, sijil kawin itu perlu di cop, jadi cukup lah sekali cop sahaja bukan. Bahah. Ruang terbuka itu pula supaya kita mudah kesan akan kehilangannya. Ini tip yang rakan sekursus di sebelah saya ajar. Kikiki.


Taman Rekreasi Gunung Lang


Selepas habis convocation, kami menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang yang saya nampak dari jauh pada malam sebelumnya, lalu bertanya pada si dia tempat itu ada apa, lalu si dia berjanji mahu bawa saya ke situ, lalu kami sampai secara tiba-tiba pada keesokan harinya. Bila sampai di sana, banyak sungguh kelibat pengantin yang saya nampak. Pusing kiri nampak pengantin pusing kanan nampak pengantin. Petang tu saja, hampir sepuluh pasang pengantin ada dekat situ untuk sesi fotografi. Even chinese bride pun ada jugak. Memang terbaik la tempat tu untuk sesi fotografi. Sampai saya nak amik gambar sendiri pun rasa macam mengganggu si pasangan pengantin yang tengah shoot. Huhuh. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk jadi paparazzi sahaja, curi2 ambil gambar mereka seperti di bawah, ehee.
Photoshooting sedang berlangsung
Sho Shweet...

Ada tasik juga di sini


Ait pengantin lelaki tu, sempat lagiii.....








Di bawah ini adalah shoot perasan fotografer yang saya ambil, eheh....
(padahal guna compact camera je)





Cantik tempat ini untuk photoshoot, siapa2 yang berdekatan Ipoh, suruhlah O.P anda bawa anda ke sini ye, hee.... Malam itu ke Green Town Mall dan Gerbang Malam... Hujan renyai-renyai..... Oh, malam tu juga Malaysia kalah dengan Bahrain 2-3, eh, tiba2.

Tips kesihatan dari penceramah:
Orang yang kurus biasanya mempunyai tahap kolesterol yg tinggi sebab badannya kurang kemampuan untuk tukarkan kolesterol menjadi lemak. Orang yang xxl itu biasanya mempunyai kolesterol rendah kerana kolesterol2 tersebut telah ditukar menjadi lemak yang menyumbang kepada tumbesaran badan.... (saya orang yg dah dua kali disahkan mempunyai kolesterol tinggi, wuu..)


checklist kursus kahwin: Done!


P/S: pergi la tengok Ombak Rindu, menyayat hati betul cerita tu, best!

Thanx with

Thursday, 17 November 2011

Counting the days....

(my best snap before its gone foreva..... urghh!)

100 days to go.....
the day that I'll be officially yours
And U'll be officially mine
Dup, dap!

Thanx with

Rawatan Facial - HerbaLine

Assalamualaikum,
Bulan Oktober adalah bulan di mana umur saya akan menginjak 1 tahun lebih tua.... I'm Libran. Jadi banyak promotion call masuk. Salah satu adalah Herbaline. Tahun lepas pernah buat facial dekat sini dengan kawan sebab ada promotion jugak. 
Memang sangat best buat facial kat sini. Lepas consultation, bila masuk je ke dalam rasa damai sangat, lighting yang sangat sesuai, interior design pun cantik. Sebelum buat facial, rendam and cuci kaki dulu guna garam laut dan warm water, ada aroma therapy and minuman herba. Produk dia memang dari bahan herba semulajadi saja. Rasa relax sangat dengan muzik yang tenang masa buat rawatan. Harga dia bergantung kepada rawatan lah. Kalau lagi lama dah tak buat facial dia buat yang lagi mahal punya, kalau dah tiap2 bulan pergi, mesti la buat facial yang biasa2 saja....
Memang sebelum ni niat nak pergi wat facial every month starting 6 months before wedding, tapi oleh kerana kekangan masa (eceh), barulah dapat buat 29 Oktober hari tu. Saja pilih hari Sabtu sebab taknak kelam kabut kalau pergi lepas office hour. Masa saya pergi ni, oleh sebab dah lama tak buat facial kenalah buat extra treatment sikit. Rasanya 2 kali pakai mask kot. Ada proses pengewapan, urutan wajah, leher dan tangan, deep cleansing mask, dead cells removal, eye treatment sebab dikatakan mata ini nampak sembab, and others. Dua jam tu rasa relax sangat-sangat. Kecuali masa nak remove dead cells tu, hehe, tahan la sikit, memang perit...
Lepas habis rawatan facial, boleh jugak buat fish spa kalau nak. First time datang dulu buat la, tapi kali ni tak, geli. Lagipun ada isu jugak pasal fish spa ni kan, jadi tak berani lerr.... Total-total lepas beli mask harga RM32 and after dicount kenalah dalam RM174. Apapun its worth it, sebab dah lama tak buat kan... huhu... Lepas facial, memang dia akan promote produk dia especially kalau kita takda guna apa2 produk lagi. Contoh, kalau kita tak pakai toner, dia akan promote toner dia. Produk dia memang best. Saya suka Nano Aloe Vera gel dia, memang sangat best pakai dan sesuai je dengan kulit ni.
The aloe vera gel
(RM60)
Herbal Mask, yg kat depan tu....
3 packs inside, boleh pakai 6 kali
(RM32)

Kalo tak sayang duit, nak jugak mengangkut banyak2, tapi kenalah sedar diri, huhu....
Next appointment is this month end, with a friend. 
Apapun, I'm one of their satisfied customer.

Thanx with
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...