When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Monday 15 August 2011

Inspirasi: tema perkahwinan

Assalamualaikum

Sekali lagi saya ingin berkongsi mengenai tema warna pilihan bagi majlis perkahwinan. Sebelum ini saya memang masih samar-samar untuk memilih warna tema majlis resepsi saya walaupun hati agak berkenan dengan warna ungu.

Alkisah suatu malam, ketika menonton siaran astro oasis di tv, saya ternampak sesuatu yang menarik hati saya.


Ya,Ustazah Pilihan merupakan satu program tv baru yang akan ditayangkan di Astro Oasis. Tetapi apa yang lebih menarik hati saya adalah kombinasi warna pink (pink kah itu?) dan grey itu sangat menarik. Pada pandangan mata kasar saya, kombinasi warna ini tampak ekslusif dan kontemporari. Setelah berkira-kira, akhirnya saya telah memutuskan warna tema bagi majlis resepsi saya.

Warna utama - pink & grey seperti di atas
warna persalinan -purple
warna bilik - putih dengan sedikit sentuhan pink dan purple
persalinan keluarga- pink buat ladies dan grey buat gentlemen
hantaran - gabungan putih dan purple (& a lil bit of grey)

Kesimpulan disini, saya banyak bermain dengan warna-warna romantis (pada kiraan saya) hasil gabungan warna putih, pink, purple dan grey. Jika diperhatikan gabungan warna pink dan grey membentuk bayangan warna purple menjadikan gabungan ketiga-tiga warna ini tampak outstanding di latari warna putih yang suci. Gabungan warna ini juga mungkin agak unik kerana jarang-jarang dapat dilihat pada majlis perkahwinan.

Hasil khidmat google, saya berjaya menemui pelamin yang cantik ini, bersesuaian dengan tema pilihan saya:

tema: putih, pink, grey

Ini pula saya dapati dari blog kegemaran saya:

sangat sukakan gabungan pink, purple dan grey itu
source: kesahkaseh

Mari lihat palette yang disediakan oleh theperfectpaletteblog:

Gabungan grey dan pale pink

Ini juga sangat breath taking:
source: storkie.com

Ini juga cantik untuk hantaran:

Kombinasi grey, pink dan purple yang sangat menerujakan.
Nampak romantis.

Di saat-saat kerajinan, saya telah menghasilkan sesuatu:

Guna paint.net pun boleh...!
Saja mengisi masa senggang.

Hopefully saya dapat merealisasikan tema warna ini pada majlis resepsi nanti.

Till next time!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...