When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Showing posts with label tema. Show all posts
Showing posts with label tema. Show all posts

Saturday, 24 September 2011

Persalinan Keluarga di Hari Persandingan

Assalamualaikum,


Tak lama je lagi ke tarikh itu. Lima bulan tu... memang tak lama rasanya. My oh my. Satu preparation pun takde lagi. Hanya ada dalam kepala otak je, huhu. Someone please wake me up! Relax sungguh saya. Satu prep pun tak buat. Bila baca blog-blog bride-2-be, I'm nervous, panik pun ada, they've settled so many things at the earlier stage. Good job for them. Its now time for me to wake up and get things done. 

Banyak kan nak kena fikir as a bride-to-be. Di mana saya nak mula? Bila duduk diam-diam dan fikir pasal wedding prep ni memang boleh pusing jadinya, macam-macam nak kena ambil tahu. Hari ni saya decide nak mulakan dengan family saya. Mula review je, bukan mula bertindak dan buat, haha. Referring to my theme: pink, grey, so there you go, pink for ladies and grey for gentlemen. Saya harap kombinasi ini menjadi. Mari cuba....... 




                         yang ini untuk para wanita                                     yang ini untuk para lelaki




Boleh la mak, adik-adik and makcik-makcik serta anak buah saya yang comel melaram dengan warna pink manakala si lelaki nampak macho dengan warna kelabu itu. Tapi kalau boleh nak yang jenis satin, much better kot. Too much colourkah? Hope not. Hmm, harap ini akan jadi satu realiti. 


Hope it will look nice just macam kat bawah ni------


oh so sweet Dr. SMS and Dr. Harlina


Encik Harry Potter ni pun look nice in those combination


Its now just about getting the right colour shade to boost the perfect combination. Selepas ni harus fikir time untuk beli kain dan siapkan. I mean tukang jahit lah yang siapkan. Cepat-cepat! Tak lama je lagi...


Wahai kaum kerabatku, harap-harap tiada bantahan okey.





Thanx with

Monday, 15 August 2011

Inspirasi: tema perkahwinan

Assalamualaikum

Sekali lagi saya ingin berkongsi mengenai tema warna pilihan bagi majlis perkahwinan. Sebelum ini saya memang masih samar-samar untuk memilih warna tema majlis resepsi saya walaupun hati agak berkenan dengan warna ungu.

Alkisah suatu malam, ketika menonton siaran astro oasis di tv, saya ternampak sesuatu yang menarik hati saya.


Ya,Ustazah Pilihan merupakan satu program tv baru yang akan ditayangkan di Astro Oasis. Tetapi apa yang lebih menarik hati saya adalah kombinasi warna pink (pink kah itu?) dan grey itu sangat menarik. Pada pandangan mata kasar saya, kombinasi warna ini tampak ekslusif dan kontemporari. Setelah berkira-kira, akhirnya saya telah memutuskan warna tema bagi majlis resepsi saya.

Warna utama - pink & grey seperti di atas
warna persalinan -purple
warna bilik - putih dengan sedikit sentuhan pink dan purple
persalinan keluarga- pink buat ladies dan grey buat gentlemen
hantaran - gabungan putih dan purple (& a lil bit of grey)

Kesimpulan disini, saya banyak bermain dengan warna-warna romantis (pada kiraan saya) hasil gabungan warna putih, pink, purple dan grey. Jika diperhatikan gabungan warna pink dan grey membentuk bayangan warna purple menjadikan gabungan ketiga-tiga warna ini tampak outstanding di latari warna putih yang suci. Gabungan warna ini juga mungkin agak unik kerana jarang-jarang dapat dilihat pada majlis perkahwinan.

Hasil khidmat google, saya berjaya menemui pelamin yang cantik ini, bersesuaian dengan tema pilihan saya:

tema: putih, pink, grey

Ini pula saya dapati dari blog kegemaran saya:

sangat sukakan gabungan pink, purple dan grey itu
source: kesahkaseh

Mari lihat palette yang disediakan oleh theperfectpaletteblog:

Gabungan grey dan pale pink

Ini juga sangat breath taking:
source: storkie.com

Ini juga cantik untuk hantaran:

Kombinasi grey, pink dan purple yang sangat menerujakan.
Nampak romantis.

Di saat-saat kerajinan, saya telah menghasilkan sesuatu:

Guna paint.net pun boleh...!
Saja mengisi masa senggang.

Hopefully saya dapat merealisasikan tema warna ini pada majlis resepsi nanti.

Till next time!

Tuesday, 10 May 2011

Tema warna untuk majlis perkahwinan


Assalamualaikum 

Hai. Pertama-tamanya, saya ingin berkongsi pendapat mengenai pelette warna untuk majlis perkahwinan. Pada bulan April yang lalu, Pameran Pengantin telah dibuat di PWTC selama tiga hari yang dijayakan oleh pelbagai pempamer. Saya tidak melepaskan peluang melawat pameran ini sambil mengumpul maklumat yang patut. Apa yang ketara dapat dilihat, kebanyakan pempamer menggunakan warna dari rona ungu sebagai prop mereka. Kebanyakan pelamin dan baju persandingan adalah dari warna ungu. Mungkinkah warna ungu adalah wedding theme of the year buat tahun ini? 

Apapun, selepas itu, saya mula jatuh cinta dengan warna ungu. Ia nampak elegan dan klasik. Ungu juga sebenarnya adalah warna diraja. Rona ungu gelap sangat menarik perhatian saya buat masa ini. Apatah lagi jika digabungkan dengan warna putih, seri warnanya begitu menyerlah. Itulah yang dimahukan pada hari bersejarah itu, sesuatu yang menyerlah dan memukau pandangan. Ini adalah pendapat peribadi saya. Pendapat orang lain mungkin berbeza bergantung kepada pandangan masing-masing. Mungkin saya juga akan mengaplikasikan warna ini untuk hari bersejarah itu. Semoga apa yang diharapkan dapat diaplikasikan dengan jayanya.


Thanx with

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...