When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Sunday 18 November 2012

Self made hand bouquet

Assalamualaikum


Ini bunga tangan yang saya buat sendiri untuk majlis nikah dan majlis resepsi. Err, first time menggubah bunga bagai, main hantam je, janji puas hati.. Amacam, ada ok?

Yang kat depan warna purple tu untuk majlis resepsi n yang dekat belakang warna peach yang dah layu2 tu untuk majlis nikah yang berlangsung seminggu sebelum majlis resepsi. Sebab tu dah layu.... Tapi ada yang still kembang cantik...

Alkisah masa saya bertunang tahun lepas, sehari sebelum Valentine's Day... Abang saya sponsor hand bouquet, yang dah siap dibuat di kedai.. Tau2 la, kalau time Valentine's day bagai ni, time tu la harga bunga mencanak2 naik..... Sekuntum RM10, bayangkan la kalau nak 10 kuntum, tu belum lagi dia decorate n tambah bunga2 lain lagi.. Dalam RM200 jugak la for just a hand bouquet, hamik kau.... Tapi tah kenapa rasa tak puas hati ngan gubahan dia... Dicampurnya macam2 bunga n daun dekat hand bouquet tu.. Dah tenggelam dah bunga ros yang sepatutnya lebih menonjol... Tapi saya berbesar hati la sebab dah ada orang sponsor kan...


Jadinya saya amik keputusan nak gubah sendiri je untuk wedding... Sehari sebelum majlis nikah, saya singgah kedai bunga dekat Tesco and beli bunga peach terang tu 10 kuntum and peach tak bermaya tu dalam 10 kuntum, lebih kurang.... lepas tu saya ingat nak beli bunga yang kecik2 warna putih yang apantah nama dia tu untuk selit2 kat celah bunga tu, kasi seri sikit, tapi kedai tu takde jual lah pulakkk..... Last2 saya beli yang palsu punya dekat kedai bunga tiruan. Jadilah tu, hahak.... selit2 manja je kat celah2 bunga tu. kalau silap pegang, memang boleh terabur, haha.... Daun2 kat tangkai bunga tu semua saya buang n then cantum2 kan je... Kat tengah letak bunga peach terang, and keliling dia letak yang tak terang sket. Tangkai dia tu saya balut dengan doily paper saiz kecil. Lepas tu lilit2 dengan ribbon warna emas. Ribbon ni tak beli pun... Set cadar bilik saya tu dia ikat dengan ribbon ni dekat luar pack dia. Daripada buang macam tu je, baik saya guna... Nice jugak. Alhamdulillah puas hati walaupun ringkas dan seadanya sajo.... Sekuntum bunga tu baru RM2, tapi bunga besar gedabak kan... So total2, tak de la sampai RM50 untuk hand bouquet tu.... 



Ini pulak bunga untuk majlis resepsi. Sehari sebelum majlis saya pesan pada kakak ipar untuk belikan bunga warna purple... Kebetulan memang dia nak beli bunga jugak. Bunga ni kakak ipar beli dekat kedai India, so lagi murah la dari kedai yang dekat Tesco tu.... Bunga2 kecik siket tapi still cantik... Lepas buang daun kat  tangkai, saya combine2 kan aje bunga tu. Pastu kat tengah2 letak bunga kaler peach pink 3 kuntum. Nampak la lain sket kat situ.... Pastu kakak ipar ada beli extra bunga yang kecik2 tu.... Real one, haha, akhirnya... So saya letak je la kat keliling bunga n selit kat celah2 tu.... Doily paper dah habis so saya just balut dengan ribbon kaler putih.... Hokey lohhh.... N then, done!! Simple kot... Tapi suka n puas hati sangat....

Pearl comel2 tu kakak ipar bagi. Lagi la bertambah2 seri hand bouquet ni...

Ok, tu je lah... Kbye....

Thanx with

Saturday 28 January 2012

An Acceptance

Assalamualaikum,
Ya ampunnn..... saya sangat rindu sama kamu blog. Sudah lama tidak kekunjungan secara serius. Tengok, sudah pukul 1 pagi dan kepala sudah weng weng baru terbuka hati nak sign in and click new post. Its all about ilham kan. And its all about timing. This is just (maybe) a perfect time. Eh, melalut. Cakap saja kau malas duduk bersila depan laptop dan taip entri baru serta upload gambar sebab screen laptop kau asyik blink warna gelap dan pastu ada kesan gegaran secara tidak henti. Sebab tu kau tak ada hati nak merajinkan diri kan. Eh, melalut lagi. Luahan hati seorang B2B.
Today, tiada apa yang mahu saya kongsikan mengenai persiapan saya ke hari besar itu. (Nada serius sebab sudah tengah malam). Akhir-akhir ini, kepala saya sarat berfikir, macam-macam. About the wedding, about the marriage, about my family, about the future family, about me, and about me as a Muslim. Segala benda yang boleh difikir menerjah masuk dalam minda. Kata kawan, bila hari makin hampir ke situ, dugaannya makin kuat. Cubaannya makin banyak. Bergantung kepada individu itu untuk tangani segala hal.

oh, bila saya kata dugaan, tiada dugaan besar yang menimpa saya. Cuma diri ini terlalu banyak bermonolog (cakap dalam hati) dan merenung ke hadapan yang tak jelas, merunsingkan diri dengan segala hal. Cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Bagusnya kalau sebulan itu sudah berlalu tanpa saya perasan, tahu2 sudah jadi isteri orang, huahua. Hilang segala bebanan dan 'masjid' pun sudah selamat didirikan. Tapi saya sedar saya bukan hidup dalam dunia magis. Jadi saya harus tempuh masa yang kritikal ini. KRITIKAL. Your body and your mind starts to work harder this time. You have to be strong to go through this tough time. It may not happen to all, but I believe the last-minute-person like me will have to go through this critical time. Ada sahaja yang mengganggu jiwa.

Oh, bosan sudah melalut seperti di atas.

Mungkin bila sudah pukul satu pagi tulisan akan melalut sebegitu rupa.
Saya mahu kongsikan sesuatu.

Dari seorang encik di pejabat.

Pesanan dia pada tahun 2009 masih jelas saya ingat, dan selalu terngiang2 di telinga.

Ada tiga benda yang kamu kena terima dengan suami kamu:
1. Terima keluarga dia
2. Terima kawan dia
3. Terima hobi dia

Mudah bukan.

Tetapi, mudahkah untuk melakukannya?

Insya'Allah, saya akan ingat pesan ini.

 Sekadar gambar hiasan 



Thanx with
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...