When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Sunday 23 October 2011

Corsage or boutonniere for wedding?

Assalamualaikum,

Yes, esok Jumaat! Means esoknya Sabtu, yes! Gembira sebab tak payah pergi opis.. (cakap taip begini sebab ketika kejadian adalah hari khamis, tapi sekarang sudah Ahad, huuu, sok kerja ok...) 

Berzaman tau verangan nak buat corsage/boutonniere tapi tak buat2, yang hado je....

Corsage , corsage, corsage

  • Corsages are often worn by the mothers and grandmothers of the bride and groom at a wedding ceremony in some countries.
  • The flower worn on a young woman's clothing or wrist for the homecoming celebration or other formal occasions such as prom in some schools around the world.

Boutonnière, boutonnière, boutonnière

boutonnière (French: [butɔnjɛʁ]) is a floral decoration worn by men, typically a single flower or bud. The word comes from the French word for buttonhole, which is the British term.

While worn frequently in the past, boutonnières are now usually reserved for special occasions for which formal wear is standard, such as at proms, homecomings, funerals, and weddings. (Women who wear jackets on these occasions also often may wear 'buttonholes', but more typically a woman would wear a corsage.) Nowadays, a lapel pin is worn more often than flowers on business suits.
(description ciplak dari wikipedia)


Sekarang bolehlah difahami corsage tu biasanya refer pada bunga yang diikat dekat pergelangan tangan, dan boutonniere pulak refer pada bunga yang disemat kat baju.

Jadi maknanye kat sini, saya nak buat Boutonniere lah.... alah, ataupun mak bapak kita panggil bunga rozek kan... Taknak lah buat yang ikat dekat tangan tu, tak berapa nampak, kalau boutonniere, trang tang tang jauh sebatu pun orang boleh nampak kot.... Jadi boleh segera dapatkan mereka untuk pas hadiah kahwin  --,


Bukak folder 'APPROACHING THE BIG DAY' saya untuk cari pix boutonniere yang dah diupload dan simpan rapi, lorh, ada tiga je? Tak berusaha langsung!


 Yellow rose in front of a leave....

 Macam tisu bunga nye stail nih..... ada grain di bahagian bawah tu nampak ala country siket.....

oh love this one, calla lily..... alo sweet gitu.... Memang kena dengan tema perkahwinan..
source: google

Tapi sebenarnya sebelum ni memang dah set dalam minda saya nak buat seperti gambar pertama itu, but very simple one je..... kalau rose tu ganti dengan calla lily okey gak kan. Lepas tu daun besar tu saya ganti dengan crepe paper ke..... apa ke.....And eliminate daun2 or manik2 yang kecil tu untuk simplify the whole look.... Ok ke ye? Baiklah, azam minggu ini adalah untuk kumpulkan bahan-bahan membuat boutonniere ini dan diy secara tekun.... Agak2...... tercapai tak? Haha....


Thanx with

Tuesday 18 October 2011

Veil Nikah Idaman Kalbu...

Assalamualaikum,

Sebenarnye... Okey, saya nak menyibuk jugak. Saya nak menyibuk cerita pasal veil idaman untuk nikah nanti, boleh? Hehe.. 

Dan sebenarnye.... veil nikah dah pun dibeli secara kelam kabut pada tanggal bulan 12 tahun 2010 yang lepas sebagai hantaran. Mana tak, sehari suntuk mencari baju nikah untuk hantaran, matahari dah nak terbenam baru lah dapat. Pastu pakai taram je ambik veil dekat kedai yang sama jugak, alang-alang boleh buat hantaran sekali. Eh, ada ke orang bagi hantaran baju nikah sekali dengan veil? Bahah, tu lah, tak mau pikir habis-habis. Okeylah, tak nak mendownkan diri sendiri dengan cerita yang lebih down, saya nak share2 veil yang saya suka. Yang saya suka tau, bukan orang lain.


meh, meh, kita tengok piccas...





Tengok yang ini
amboi, labuhnya, sarat jugak lace dia....


Yang ini jugak
Suweet je, classy... 


pastu tengok yang ini pulak
 Sangat gorgeous, ke sebab model dia gorgeous? Apapun, tahap labuh dia amat menepati citarasa.
Kalau saya pakai, nampak g.o.r.g.e.o.u.s macam ni tak?


Yang ini lagi
 Baru perasan, most of the lace design adalah lebih kurang sama, the difference is the veil size je....




Ini pulak?
Ha, ini lain sikit..
But nampak sedikit heavy... and agak labuh di bahagian belakang


yang ini, yang ini? 
Eh, eh, kenapa macam sama je dengan yang kat atas?


Cer tengok yang ni pulak....
Meletups taw. Suka lace dia.... Simple yet nice and suci mata memandang....
The veil is kinda pendek sikit la, sesuai pada yang prefer veil pendek..
(tapi sebenarnya veil sendiri pun pendek lebih kurang macam ni jugak...--)


Hoh, banyaknya veil idaman saya. Padahal nak nikah sekali je. Sebenrnya, ada persamaan antara semua veil2 di atas, perasan kan. Perasan lah tu... Dah cerita pun. Veil ni semuanya berlace di hujung keliling veil. And  agak labuh. Really caught attention kan. This kind of veil comes from Spain, Spanish-style gitu.. Rasanya nama veil ni adalah mantilla veil. Jadi, mari feeling2 sebagai orang Spain dengan mengenakan veil ini yeah! Nice kan. Nampak ayu-ayu. Nak nikah kena la ayu-ayu. (Sory ayu, tersedak). Tapi tak nak lah labuh sampai macam kat pic bawah ni. Naya kalau budak-budak terpijak, atau diri sendiri yang tersadung dek pembawakan veil labuh macam ni, tak kuasa taw.




But beware, kalau tersalah pilihan dekat bahagian lace tu, boleh terkonpius dengan lapik meja yang emak baru beli bulan lepas. So, berhati-hati is the keyword. No, pilihan tepat is the keyword. Tak kisah la, yang penting, biar ia nampak ekslusif. Ekslusif untuk pengantin baru...






Rasanya, saya paling suka yang dibawah ini lah, veil nikah idaman yang menusuk qalbu....

love love love.....



Thanx with

Friday 7 October 2011

Wedding Photo by Nuzultaufiqart




Woww.... Rasa nak menjerit tengok gambar-gambar cantik ni... Bestnya kalau dapat buat wedding photoshoot dengan hasil yang macam kat atas ni. Cantik gila! Jumpa gambar cantik ni dekat nuzultaufiqart. Dia wedding photographer dekat area utara, pantai timur and pantai barat. Syioknya orang sana boleh hire dia jadi OP. Rasa-rasanya saya pun boleh juga tak? Hehe.

Thanx with

10 petanda si dia sesuai dijadikan suami

Assalamualaikum,

Malam ni nak share apa ye sebelum tidur... Ermmm, tadi, tengah main tukar-tukar siaran sementara tunggu cerita Jiwa & Lara, saya terbuka TV9, Semanis Kurma (bukan Manisnya Kurma Ini ^^) tengah bersiaran. Dan tajuknya 'Dia Untukku'. Saya tahu, eh saya tak tahu tapi saya yakin mesti ramai bride-to-be yang suka layan Semanis Kurma, nak buat bekal ilmu untuk melangkah ke alam rumahtangga, kan kan.... Dulu saya memang kaki tv tapi sekarang mungkin disebabkan faktor kedewasaan, saya hanya menonton cerita yang saya mahu tonton sahaja. Jadi memang jarang-jarang terserempak dengan Semanis Kurma. Tapi tadi dah terserempak, saya layankan jugak, nak ambil ilmu, hehe. Terima kasih Ustaz dan Ustazah atas ilmu itu. Semoga saya (dan semua) mendapat manfaat dari ilmu tu dan terpelihara dari melakukan khilaf.
Dia Untukku banyak diskus pasal ciri-ciri jodoh pilihan. Ustaz Asyraf Imam Muda dan isterinya yang cantik itu jadi tetamu jemputan. Kedua-dua pasangan yang saya nampak kat TV tu sweet couple lah. Dahlah kebetulan kedua-dua pasangan berbaju sedondon warna biru, kata Ustazah, itupun dikira jodoh. Memang mereka berjodoh antara satu sama lain. Hmm... saya pun kalau ke kenduri kahwin atau melihat pasangan2 suami isteri yang secocok bangat, pasti terdetik di hati 'they're match made from heaven'. Ye, bila diperasan-perasankan, kita dapat lihat bagaimana sesuatu pasangan tu secocok sangat bila bersama. (Sesuatu? tak tahu la pulak penjodoh bilangan yang tepat untuk 'pasangan', huhuhu...) Saya harap saya dan bakal suami pun macam tu. Kalau berbeza sekalipun, biarlah kami saling lengkap-melengkapi. Barulah boleh cakap 'U complete me' dekat pasangan macam dalam cerita Jerry Mcguire tu, ekeke....

Nak tahu 10 petanda si dia sesuai dijadikan suami? Jom cek kat bawah ni, saya jumpa dari majalah favorita saya, Commopolitan (edisi kawin-kawin)...

1. Setiap kali kalian keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu, bukan sebaliknya.
Cek: Bila kami keluar bersama, biasanya kami share the duit poket. Means that biasanya makan memang saya yang bayarkan, kadang-kadang ada juga dia bayarkan. Si dia pulak akan uruskan duit petrol, tol, tiket wayang, things and things... So, ada give and take di situ, jadi saya tak kisah sangat.

2. Bila melihat seorang ibu mengandung masuk ke dalam LRT, dengan hormatnya si dia akan berdiri dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.
Cek: Her her, kami jarang naik LRT bersama, kalau adapun sekali dua saja, dan lebih prefer untuk berdiri je kalau orang ramai. Tapi kalau berani dia tak beri tempat duduk pada wanita mengandung, memang maknanya dia tengah tunggu nak kena sound dengan saya la tu, huhu. Tapi saya tau dia tak akan buat macam tu. Berani la!

3. Baginya kelebihan yang kamu miliki adalah sesuatu yang baik untuk diri kamu seperti bab pangkat, gaji dan juga kelulusan. Dia tidak pernah berasa dengki atau tercabar seperti jejaka lain yang berfikiran kolot.
Cek: Yep, dia memang seorang yang sangat supportive, sentiasa je support apa-apa yang baik untuk saya. Even saya pun selalu bagitau how supportive he is towards me. Memang tak de laa nak dengki-dengki ke tercabar ke.


4. Dia tidak pernah sekalipun mengasari kamu atau menggunakan kekerasan jika berlaku salah faham atau berselisih pendapat.
Cek: Saya adalah si kaki rajuk yang sangat sensitif, especially towards him, hewhew. Nasib baik dapat si dia yang boleh terima perangai saya ni. Tak pernah sekalipun dia nak berkasar dengan saya. Saya berkasar dengan dia adalah, haha.


5. Walau sesibuk mana sekalipun, si dia pasti akan meluangkan masa untuk makan bersama ibu bapa dan adik beradiknya di rumah seminggu sekali.
Cek: Oh, dia memang tinggal bersama family since tempat kerja memang dekat dengan rumah family dia. So, full mark la kot untuk yang ini.


6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kalian sedang berbual-bual dengan teman-teman mengenai isu semasa.
Cek: Apalah ertinya lelaki kalau tak sembang pasal bola dengan politik. Jadi saya layankan aje, walaupun kadang-kadang tu blur dengan topik perbincangan mereka. Saya si wanita yang sembang bab artis dan kecantikan, ehek.


7. Selepas keluar bersamanya di waktu petang, si dia akan hantar kamu pulang sehingga ke depan pintu rumah dengan selamat, kemudian barulah si dia beredar.
Cek: Kadang-kadang dia hanya stay dalam kereta, kadang-kadang dia hantar sampai depan lif dan kadang-kadang dia hantar sampai depan pintu. Saya tak kisah sebab tak pernah nak paksa dia hantar sampai depan pintu pun asalkan hantarkan saya balik rumah, sudah. Tapi kalau hantar saya balik ke kampung, memang dia akan masuk ke rumah berjumpa makbapak saya dulu, baru la sopan. Sekali tu siap mintak maaf sebab terlambat hantar saya, waktu tu pukul 9 malam...^^


8. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersamanya.
Cek: Memang dia la pemberi semangat pada saya. Setiap kali saya down, dia orang pertama yang saya nak cakap dan luahkan perasaan. Tak pernah pun dia mengeluh and layan je keluh kesah saya ni. Siap buat follow up on how i feel padahal kadang tu saya pun dah lupa, haha.


9. Kamu senang dengan caranya yang sopan kala dia bertegur sapa dengan makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak.
Cek: Haih, memang la kena sopan-sopan dengan orang.


10. Setiap kali cuti semester datang, si dia pasti akan mencari kerja sambilan bagi mengisi masa lapang selain mencari duit poket. Itu tandanya dia seorang yang berdikari!
Cek: Kadang-kadang bila kawan dia ajak buat kerja sambilan dia ikut jugak, dan dia pasti akan bagitau saya juga. At least boleh tambah duit poket.


Berapa markah nak bagi ni? Haha, ini saja je suka-suki buat. Nak update pasal wedding, tah satu pun tak prepare lagi, duh!

P/S: Saat ini, saya masih belum boleh cakap yang si dia adalah jodoh saya, kerana selagi kami tidak diijabkabulkan, belum tentu dia adalah untuk saya. Pun begitu, saya memohon kepada Allah, jika dialah jodohku, permudahkanlah segala urusan untuk kami disatukan sebagai pasangan yang sah. Amin... Yang saya pasti, saya sayangkan dia...

Thanx with

Tuesday 4 October 2011

Eh! Terima kasih menangkan saya dan tips penjagaan kulit wajah

Assalamualaikum,

Hari ni sangat tenang di pejabat, bos bercuti untuk berada di sisi anak yg mengambil PMR (oh so nice). Great for us yang berada di office, yay us, yay! Petangnya tiba-tiba dapat panggilan misteri, keluar nombor yang tak dikenali di telefon, memperkenalkan diri dari SkyNet, terus dapat tangkap apa tujuan dia call saya. Yes! Hadiah menang contest promosi telah tiba jua. Ya, itu adalah hasil usaha saya isi borang kecil dekat dalam majalah Eh! dan pos ke syarikat tersebut untuk memenangi barangan promosi. Tak tau la tamak ke apa, hantar sampai tiga borang yang berlainan produk, akhirnya menang jugak satu. Sapa yang nak bagi lebih-lebih kan.....

Dapat je duduk dekat kerusi, terus saya capai gunting dan keluarkan isi dalam plastik bungkusan. Ada dua yang saya dapat. Perfume Sunkissed Glow by Jlo dan jugak Glow by Jlo shower gel. Terima kasih Eh! for letting me win, suka sangat. Eh, apa tak suka kalau dah free, eh! Semenjak menang banyak pula eh! nya...

 Selamat sampai di tangan saya petang tadi
Sunkissed Glow by JLo perfume dan juga Glow by JLo shower gel

 The revelation
Terima kasih eh!
Love the smell.

Sebenarnya contest tu dari Eh! edisi Julai 2011 yang mana covergirl adalah Fasha Sandha dengan tajuk besar ILHAM RAJA SEHARI. Hikhikhik, bolehlah agak sekarang kenapa saya beli majalah tersebut.


Mari mari saya kongsikan sesuatu yang mungkin berguna buat bride-to-be. Saya suka dengan artikel Nota Cantik edisi ini iaitu Sediakan Kulit! Sediakan kulit di sini bukan bermaksud macam sediakan bawang lima biji untuk masak di dapur tu. Saya rasa ayat penuh dia adalah cara untuk sediakan kulit yang paling marvelous ketika hari bersanding nanti supaya semua orang akan terpegun dengan kecantikan kamu. Oh, sangat berguna untuk review kembali artikel ini kerana sekarang ini saya sedang menanggung kesakitan di bahagian tepi hidung akibat seketul jerawat yang membesar di situ.

Nombor satu.
PEMAKANAN. Oh, haruslah bersungguh-sungguh menjaga makan. YOU ARE WHAT YOU EAT! Menurut artikel ini elakkan pengambilan gula dan garam. Gula itu sama dengan kulit kusam dan melendut (OMG!). Garam sama dengan mata tampak bengkak dan sembap (Oh no!). Dan minyak pula sama dengan wajah ditumbuhi jerawat dan macam-macam lagi masalah kulit (Oh what a big no!) Bila dikenang-kenang kembali hari ini saya ada makan nasi lemak sebanyak dua kali dan baru sahaja mengunyah cucur jagung tawar buatan sendiri. cucur=goreng=minyak=jerawat. Gulp!

Nombor dua.
RAWATAN WAJAH. Artikel ini menyarankan supaya bride-to-be sekalian alam sila hindari masalah kulit a.k.a jerawat daripada merawat ye. Mencegah lebih baik dari merawat, saya rasa itu yang dia maksudkan. Cara dia dengan start pakai produk rawatan jerawat 2,3 bulan sebelum the big day. lepas tu buat pengelupasan kulit sama ada lakukan sendiri di rumah atau buat rawatan microdermabrasion (eh apa tu nak sebut pun tak reti). Pengelupasan tu bagus untuk buang bintik-bintik hitam dekat muka dan kecilkan pori-pori yang ketara. Oh ya, teringat tadi Herbaline call and bagi promosi diskaun RM27 jika saya buat rawatan facial di sana sempena bulan kelahiran saya, seronoknya kerana memang tengah berkira-kira untuk ke sana. Tapi jangan harap saya akan ke sana dalam masa terdekat ni sebab jerawat sedang molek di muka. Tak pepasal kang berlinangan airmata je kena picit masa buat facial, huhu. 
Selain tu amalkan pemakaian SPF, rutin 3 langkah penjagaan kulit (membersih, menyegar dan melembap) especially waktu malam sebab waktu tidur tu adalah tempoh yang paling bagus untuk kulit menyerap segala khasiat produk rawatan kulit. Aiyak, saya pulak paling suka tak pakai apa-apa di muka pada waktu malam, sekadar bersihkan dan segarkan sahaja. Mulai esok, saya akan kuatkan semangat untuk teruskan step yang ketiga.
Sebelum bersolek pulak, better pakai krim pelembap 20 minit sebelum tu supaya kulit dapat telap khasiat dia. Tapi kalau macam saya yang suka pakai BB cream 7 in 1 tu yang dah termasuk pelembap dan segala bagai perlu ke pakai lagi ye? Hmm.....

Nombor tiga.
MINUM AIR LAPAN GELAS SEHARI supaya kulit kekal lembap sepanjang hari. Kulit kering mengundang pelbagai masalah kulit. Ya, lately saya sangat lah susah nak cukupkan lapan gelas itu. Mungkin masih terbiasa kurang minum selepas Ramadhan baru2 nie. Selepas ini iaitu esok kena cukupkan minum. Sekarang kulit di bahagian kaki asyik gatal-gatal. Mungkinkah itu petanda kulit saya kering? Baiklah, esok saya akan minum banyak-banyak air putih dan akan cuba elak minuman manis kecuali nescafe ^^

Nombor empat.
KURANGKAN STRES. Eh, bila masa saya cakap saya stres. Alhamdulillah minggu ini saya rasa saya akan kurang stres dengan bos yang tidak muncul di pejabat demi anaknya yang menduduki PMR. Terima kasih bos, semoga anak bos dapat cemerlang 9A. Stres itu sebenarnya menghasilkan hormon dan kortisol yang menyebabkan jerawat, keradangan dan masalah kulit yang lain. Jadi mari tanamkan azam untuk menghadapi segala kenyataan dengan tenang dan tabah, dan tidak lagi marah-marah sambil menyebut perkataan tension. Angry no more, angry is meant only for angry bird, that's it!

Nombor lima.
TIDUR YANG CUKUP. Eh! apa saya buat lagi ni dah pukul 12.57 am sudah, huhu. Tapi takpe masih awal lagi untuk ke tarikh itu. Tapi beberapa hari sebelum tarikh itu sila tidur awal kalau tak mau mata jadi macam panda bear yang walaupun comel tetapi mempunyai bahagian hitam di bawah mata. 

Nombor enam.
BERSENAM. Untuk dapatkan kulit yang bersinar dan segar serta menjaga bentuk badan, sila lah bersenam sebanyak tiga kali seminggu. Badan sihat sama dengan kulit sihat. Err, saya memang tak jalan dengan bersenam. Setiap kali mahu bersenam atas inisiatif sendiri, saya hanya mampu bertahan selama 15 minit akibat kebosanan, disamping itu peluh pun tak keluar mungkin disebabkan usaha yang ala kadar itu. Jadi saya beli dance map yang ada di jual di jalan TAR. Dengan dance map tulah baru keluar sikit peluh ni dan boleh bertahan sehingga setengah jam akibat kepenatan menari mengikut langkah depan belakang kiri dan kanan di atas dance map sambil mata mengadap skrin komputer dan mendengar lagu yang dipilih. This is worth it since dapat mengelakkan senaman yang booriiingggg.... Ngeh ngeh!

Semoga saya dan bride-to-be yang lain memiliki kilit wajah yang berseri-seri di hari bersejarah itu.

Ok lah itu sahaja, semoga ada yang boleh dimanfaatkan.

Thanx with

Monday 3 October 2011

Review: Hantaran Perkahwinan Nabil Raja Lawak dan Zira

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, seorang lagi telah melangkah ke gerbang perkahwinan, Nabil Raja Lawak dan pasangannya Zira.

Saya bukan nak review pasal pernikahannya tetapi lebih berminat untuk review hantarannya. Memandangkan saya belum planning deko hantaran untuk majlis nanti, maybe hantaran Nabil dan pasangan boleh tolong saya dapat ilham, manalah tahu.... Saya suka tengok hantaran Nabil dan pasangan. Sangat cantik dan mempesonakan.

Dari pihak lelaki kepada perempuan:
 Sangat sangat sangat lovely. love the colour combination so much. Banyak menggunakan warna-warna lembut. Putih, light peach, yellow green. This is so beautiful. Wow wow wee.... 

 Mas kahwin untuk Puan Nazira.

 Erm... ni sirih junjung ke tepak sireh? (Phew, malu wei tak tahu)--,

Lapik hantaran pun sangat superb. Look exquisite....

 Hantaran PS3 untuk encik Nabil (kombinasi putih dan merah, cantik!)

Kasut comel yang bakal menjadi milik Nabil

 Oh, lady Godiva..... Yummeh!

 Buah-buahan.... (alwiz love strawberry)


Kek dengan dekorasi bunga mawar...

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran iaitu cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilan hantaran seperti coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Oh, and last last but not least harus letak muka berseri-seri si pengantin baru untuk ambil aura, hehe.....
Cantik dan berseri-seri.... Macam Farah breep-breep pun ada sikit time nie....
Puan Nazira kina sah menjadi isteri Encik Nabil
Congrats both of u!

Terima kasih oh!bulan sebab share gambar-gambar gorgeous di atas. 

Thanx with

Saturday 1 October 2011

InTrend edisi Oktober 2011 - Ke Gerbang Asmara

Assalamualaikum.

Indahnya hari Sabtu yang indah ini. Boleh lupakan sekejap pasal kerja di pejabat. Bangun pun dikejutkan si dia. Lena sungguh tidur. 

Oh ya, beberapa hari lepas saya teman ofismet saya duplicate kunci di mall waktu lunch hour. Sementara tunggu beliau settlekan hal bayaran, saya ke kedai sebelah dengan harapan nak beli majalah. I've few mags appear in my mind macam Pesona pengantin of couse lah, Rapi (oh nak rapi-rapi bila tiba hari itu nanti), and Mingguan Wanita (oh nak belajar menjadi wanita yang serba tahu). Sampai-sampai je terus belek rak dekat depan kedai mamak tu. pandangan terus melekat dekat majalah In-Trend. edisi Oktober 2011. Mempunyai tajuk besar Ke Gerbang Asmara (wah, pandai pilih tajuk). Cover girl adalah Mizz Nina menggayakan gaun putih, cantik lah Mizz Nina. Eh eh tengok the colour pulak - White, pink and grey. Oh my goodness, cantiknya... So eye-catching look sebab nampak romantis dan suci. The most important thing, sama pulak dengan tema hari persandingan daku. In Trend buat ini semata-mata untuk saya kan, kan. (Hee...)  jadi saya terus grab tanpa tengok isi di dalamnya. Eh, tak boleh tengok pun, majalah dibungkus di dalam plastik, sah-sah ada sample product dekat dalam. Jadi terus keluarkan RM7.50 dan bayar di kaunter (ramai pulak orang masa ni). Sesampai je di pejabat, tak tunggu-tunggu dah, terus cabut plastik dan put aside the sample product yang terselit celah-celah helaian mags. Ada tiga semuanya.

Jadi oleh kerana saya tak mahu kedekut, jadi mari saya kongsikan isi kandungan dalam Intrend edisi Oktober 2011 ni eh.....

The cover and the cover girl.... Dua2 cantik! Like! 

Saya belum fikir lagi perfume apa untuk hantaran nanti. Maybe boleh check-out perfume yg di-recommend inTrend macam kat pix ni dekat kaunter perfume. Saya suka wangian floral. Harap-harap jumpa yang berkenan di hati ini dan di hati si dia ^^

Semenjak dua menjak ni jerawat rajin betul nak bertandang dekat muka. Bukan satu bukan dua tapi banyak derr... hadoyai, terima kasih InTrend for the ritual cantik artikel. Harap-harap ada yang boleh saya manfaatkan, especially in this coming 5 months before ke gerbang asmara, eceh..

Kalau tengok dekat cover tu betul-betul, dia ada mention Panduan Pengantin Moden, so what u can expect, of course semua yang moden-moden. Check-out the designer's outfit dekat atas ni. Sangat cantik. Even tak akan pakai seperti ini pada majlis sendiri, tapi mungkin boleh ambil ilham dari segi beading dan kemasannya.

Dan ada jugak review perkahwinan Nina dan Noh. So loving couple. Memang teruja tengok dan baca artikel ini. So sweeet lah Nina & Noh together. The wedding theme pun ada purple di situ. By the way, suka sangat dengan baju nikah Mizz Nina. Dreaming of having one, can ah?

Tengok betul-betul. Ini bukan Rossa lah. Ini adalah Anzalna Dewi Remaja tu. Suka sangat with the hairdo. What a romantic look. Sesuai sangat dengan wedding theme. The lip is super sexy.

Bab-bab kahwin dah, tapi lepas kahwin nanti apa pulak? Maybe artikel 25 cabaran genting selepas lima tahun kahwin ni berguna untuk elakkan pape yang patut. Semalam cuba untuk baca bersama si dia through phone call tapi tak berjaya, sempat satu point sahaja, dia dah suruh tutup, huhu... Nak tahu semuanya sila la pergi kedai runcit kat luar rumah tu.

InTrend buat promosi, yeah, I like! Saya mesti cuba and torai ini promosi. Harap-harap saya terpilih antara 25 pemenang tu. Boleh mekap cantik-cantik but still look natural. Ohoho. Clarins Colour Definition, u'll be mine!

Okey, itu saja. Oh ye , bout the sample products. Saya sudah cuba 2 out of them. satu Head & Shoulder dan satu lagi adalah Iffah serum. Both product bestlah. Tak rugi torai. Saya memang suka cuba sample product, cause u know sapa yang nak bagi sample product yang tak meet their promise kan. Mestilah they'll come out with the best sample so that people will fall in love with the product. For me, I love both. Head & Shoulder tu lepas pakai, rambut rasa macam lepas rebonding je, eheh. Dah lama sangat tak pakai Head & Shoulder sebab dulu kalau pakai mesti rambut akan jadi keras kejung macam kena letrik. Jadi semalam saja cuba mana tahu sudah ada improvement. Oh yeah, dah 24 jam berlalu, rambut masih lembut, suka pegang-pegang and pusing-pusing kepala, hehe. Definitely will buy one after this. Bout the Iffah serum, oh memang la best kan, serum yang ada emas 24K dan platinum. Even masa pakai memang ada flake gold & platinum dekat dalam serum dia. Love the smell, wangi sangat. And kulit rasa gebu macam kulit baby. Sesuai sangat untuk awet muda.

Overall, kalau nak bayangkan kandungan InTrend kali ni sama macam Pesona Pengantin memang tak lah kan. Memang tak ada busana-busana pengantin yang biasa kita tengok dan dekorasi-dekorasi hantaran atau pelamin, semua itu memang tidak ada. Nama pun InTrend, so basically dia lebih kepada modern selection. Ilham dari antarabangsa dan lebih kepada produk yang boleh membantu kita mengharungi majlis perkahwinan. Boleh la kalau nak ambil inspirasi. Banyak juga artikel-artikel yang berguna untuk bride-2-be manfaatkan. Jadi, tak rugi dapatkan satu ya!


Thanx with
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...