When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Tuesday, 4 October 2011

Eh! Terima kasih menangkan saya dan tips penjagaan kulit wajah

Assalamualaikum,

Hari ni sangat tenang di pejabat, bos bercuti untuk berada di sisi anak yg mengambil PMR (oh so nice). Great for us yang berada di office, yay us, yay! Petangnya tiba-tiba dapat panggilan misteri, keluar nombor yang tak dikenali di telefon, memperkenalkan diri dari SkyNet, terus dapat tangkap apa tujuan dia call saya. Yes! Hadiah menang contest promosi telah tiba jua. Ya, itu adalah hasil usaha saya isi borang kecil dekat dalam majalah Eh! dan pos ke syarikat tersebut untuk memenangi barangan promosi. Tak tau la tamak ke apa, hantar sampai tiga borang yang berlainan produk, akhirnya menang jugak satu. Sapa yang nak bagi lebih-lebih kan.....

Dapat je duduk dekat kerusi, terus saya capai gunting dan keluarkan isi dalam plastik bungkusan. Ada dua yang saya dapat. Perfume Sunkissed Glow by Jlo dan jugak Glow by Jlo shower gel. Terima kasih Eh! for letting me win, suka sangat. Eh, apa tak suka kalau dah free, eh! Semenjak menang banyak pula eh! nya...

 Selamat sampai di tangan saya petang tadi
Sunkissed Glow by JLo perfume dan juga Glow by JLo shower gel

 The revelation
Terima kasih eh!
Love the smell.

Sebenarnya contest tu dari Eh! edisi Julai 2011 yang mana covergirl adalah Fasha Sandha dengan tajuk besar ILHAM RAJA SEHARI. Hikhikhik, bolehlah agak sekarang kenapa saya beli majalah tersebut.


Mari mari saya kongsikan sesuatu yang mungkin berguna buat bride-to-be. Saya suka dengan artikel Nota Cantik edisi ini iaitu Sediakan Kulit! Sediakan kulit di sini bukan bermaksud macam sediakan bawang lima biji untuk masak di dapur tu. Saya rasa ayat penuh dia adalah cara untuk sediakan kulit yang paling marvelous ketika hari bersanding nanti supaya semua orang akan terpegun dengan kecantikan kamu. Oh, sangat berguna untuk review kembali artikel ini kerana sekarang ini saya sedang menanggung kesakitan di bahagian tepi hidung akibat seketul jerawat yang membesar di situ.

Nombor satu.
PEMAKANAN. Oh, haruslah bersungguh-sungguh menjaga makan. YOU ARE WHAT YOU EAT! Menurut artikel ini elakkan pengambilan gula dan garam. Gula itu sama dengan kulit kusam dan melendut (OMG!). Garam sama dengan mata tampak bengkak dan sembap (Oh no!). Dan minyak pula sama dengan wajah ditumbuhi jerawat dan macam-macam lagi masalah kulit (Oh what a big no!) Bila dikenang-kenang kembali hari ini saya ada makan nasi lemak sebanyak dua kali dan baru sahaja mengunyah cucur jagung tawar buatan sendiri. cucur=goreng=minyak=jerawat. Gulp!

Nombor dua.
RAWATAN WAJAH. Artikel ini menyarankan supaya bride-to-be sekalian alam sila hindari masalah kulit a.k.a jerawat daripada merawat ye. Mencegah lebih baik dari merawat, saya rasa itu yang dia maksudkan. Cara dia dengan start pakai produk rawatan jerawat 2,3 bulan sebelum the big day. lepas tu buat pengelupasan kulit sama ada lakukan sendiri di rumah atau buat rawatan microdermabrasion (eh apa tu nak sebut pun tak reti). Pengelupasan tu bagus untuk buang bintik-bintik hitam dekat muka dan kecilkan pori-pori yang ketara. Oh ya, teringat tadi Herbaline call and bagi promosi diskaun RM27 jika saya buat rawatan facial di sana sempena bulan kelahiran saya, seronoknya kerana memang tengah berkira-kira untuk ke sana. Tapi jangan harap saya akan ke sana dalam masa terdekat ni sebab jerawat sedang molek di muka. Tak pepasal kang berlinangan airmata je kena picit masa buat facial, huhu. 
Selain tu amalkan pemakaian SPF, rutin 3 langkah penjagaan kulit (membersih, menyegar dan melembap) especially waktu malam sebab waktu tidur tu adalah tempoh yang paling bagus untuk kulit menyerap segala khasiat produk rawatan kulit. Aiyak, saya pulak paling suka tak pakai apa-apa di muka pada waktu malam, sekadar bersihkan dan segarkan sahaja. Mulai esok, saya akan kuatkan semangat untuk teruskan step yang ketiga.
Sebelum bersolek pulak, better pakai krim pelembap 20 minit sebelum tu supaya kulit dapat telap khasiat dia. Tapi kalau macam saya yang suka pakai BB cream 7 in 1 tu yang dah termasuk pelembap dan segala bagai perlu ke pakai lagi ye? Hmm.....

Nombor tiga.
MINUM AIR LAPAN GELAS SEHARI supaya kulit kekal lembap sepanjang hari. Kulit kering mengundang pelbagai masalah kulit. Ya, lately saya sangat lah susah nak cukupkan lapan gelas itu. Mungkin masih terbiasa kurang minum selepas Ramadhan baru2 nie. Selepas ini iaitu esok kena cukupkan minum. Sekarang kulit di bahagian kaki asyik gatal-gatal. Mungkinkah itu petanda kulit saya kering? Baiklah, esok saya akan minum banyak-banyak air putih dan akan cuba elak minuman manis kecuali nescafe ^^

Nombor empat.
KURANGKAN STRES. Eh, bila masa saya cakap saya stres. Alhamdulillah minggu ini saya rasa saya akan kurang stres dengan bos yang tidak muncul di pejabat demi anaknya yang menduduki PMR. Terima kasih bos, semoga anak bos dapat cemerlang 9A. Stres itu sebenarnya menghasilkan hormon dan kortisol yang menyebabkan jerawat, keradangan dan masalah kulit yang lain. Jadi mari tanamkan azam untuk menghadapi segala kenyataan dengan tenang dan tabah, dan tidak lagi marah-marah sambil menyebut perkataan tension. Angry no more, angry is meant only for angry bird, that's it!

Nombor lima.
TIDUR YANG CUKUP. Eh! apa saya buat lagi ni dah pukul 12.57 am sudah, huhu. Tapi takpe masih awal lagi untuk ke tarikh itu. Tapi beberapa hari sebelum tarikh itu sila tidur awal kalau tak mau mata jadi macam panda bear yang walaupun comel tetapi mempunyai bahagian hitam di bawah mata. 

Nombor enam.
BERSENAM. Untuk dapatkan kulit yang bersinar dan segar serta menjaga bentuk badan, sila lah bersenam sebanyak tiga kali seminggu. Badan sihat sama dengan kulit sihat. Err, saya memang tak jalan dengan bersenam. Setiap kali mahu bersenam atas inisiatif sendiri, saya hanya mampu bertahan selama 15 minit akibat kebosanan, disamping itu peluh pun tak keluar mungkin disebabkan usaha yang ala kadar itu. Jadi saya beli dance map yang ada di jual di jalan TAR. Dengan dance map tulah baru keluar sikit peluh ni dan boleh bertahan sehingga setengah jam akibat kepenatan menari mengikut langkah depan belakang kiri dan kanan di atas dance map sambil mata mengadap skrin komputer dan mendengar lagu yang dipilih. This is worth it since dapat mengelakkan senaman yang booriiingggg.... Ngeh ngeh!

Semoga saya dan bride-to-be yang lain memiliki kilit wajah yang berseri-seri di hari bersejarah itu.

Ok lah itu sahaja, semoga ada yang boleh dimanfaatkan.

Thanx with

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...