When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Friday 2 December 2011

Menuntut ilmu di Ipoh

Assalamualaikum,

Bersua kembali, huhu... Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, Alhamdulillah saya berjaya mengisinya dengan sesuatu yang amat berfaedah. Saya berkerusus kahwin di Ipoh mali selama dua hari. Maunye tak berfaedah kan.... Masa ni lah kot nak mengutip mencedok dan menyelongkar segala ilmu rumahtangga walaupun tak tercover semua2 topik yang berkaitan. Tapi pengalaman itu seronok, terasa macam kembali ke kelas waktu zaman budak hingusan masa skul dolu2 subjek Pendidikan Syariah Islamiyah. Yup, sama macam tu perasaan dia. Tapi kali ini lebih seronok, kerana saya mampu pay attention for a longer time before mata menjadi kuyu bagi penceramah yang tak berjaya buat mata saya bersengkang sambil mendengar penuh teliti. Tambah seronok, bila deme2 ustaz kemain cakap Peghak pekat bebeno, sian dah teman tengok ada sorang ni from Indonesia, entah paham ke idok gamaknye tu... huhuw... Lawak sungguh Ustaz2 ni. Buat teman tak keghing gusi.

Saya rasa sepanjang dua hari itu adalah hari yang paling saya banyak senyum, kah kah. Seronok dapat masuk kelas dan timba ilmu, sudah lama tidak buat ini. Tahu tak, walaupun saya sudah tersenggok tapi masih mampu mendengar kata-kata dan nasihat dari ustaz. (Sesungguhnya saya tidak merancang untuk mengantok walaupun saya secara sengaja memakan nasi lemak sebelum itu.) Saya suka Ustaz2 kongsi pengalaman2 mereka menguruskan masalah2 rumahtangga dan kes2 berat yang telah mereka selesaikan. Ada sekali tu sampai saya rasa takut mahu kahwin, haduyai.... Eh, tak2, saya masih mahu kahwin... Insya'Allah....


Saya berkerusus kahwin ini organized by Hasani Management. Okeh aja ya untuk orang Perak. Cawangan adalah sekitar Perak dan Kedah. Sijil kursus kawin pun dapat on the dot lepas semua topik dah dicover. Oh, saya suka sangat sebab menang lucky draw masa penamat kursus tu, sebab bukan senang nama saya nak terpilih untuk lucky draw tahu, susah bangat2. Alhamdulillah, hehe..... Best kan, siap ada lucky draw mingguan, and untuk lucky draw bulanan dapat pakej bulan madu, wawawee.... bertuahnya lah siapa yang dapat.

Derr, baru saya tahu rupanya buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' yaang ada dekat rak buku rumah sewa saya ni dapat bila kita pergi berkerusus kawin. Hahah. Topik yang di cover adalah akidah, ibadah, akhlak, perkahwinan dan prosedur, hubungan dalam keluarga, pengurusan kewangan dan masa, pengurusan kesihatan, komunikasi suami isteri, pengurusan tekanan dan konflik dalam kehidupan, dan lastly pembubaran perkahwinan. Seronok ah kutip ilmu. Harap apa yang diajar itu melekat dalam kepala otak ni sampai bila2. 

Di sini saya mahu kongsi tip buat bakal isteri yang tidak rela bermadu. Lepas akad nikah nanti segeralah bawa sijil kursus kahwin si suami ke kedai dan liminate kan sijil tersebut lalu simpan rapi di ruang terbuka. Hahak. Sebab setiap kali bila akad nikah nanti, sijil kawin itu perlu di cop, jadi cukup lah sekali cop sahaja bukan. Bahah. Ruang terbuka itu pula supaya kita mudah kesan akan kehilangannya. Ini tip yang rakan sekursus di sebelah saya ajar. Kikiki.


Taman Rekreasi Gunung Lang


Selepas habis convocation, kami menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang yang saya nampak dari jauh pada malam sebelumnya, lalu bertanya pada si dia tempat itu ada apa, lalu si dia berjanji mahu bawa saya ke situ, lalu kami sampai secara tiba-tiba pada keesokan harinya. Bila sampai di sana, banyak sungguh kelibat pengantin yang saya nampak. Pusing kiri nampak pengantin pusing kanan nampak pengantin. Petang tu saja, hampir sepuluh pasang pengantin ada dekat situ untuk sesi fotografi. Even chinese bride pun ada jugak. Memang terbaik la tempat tu untuk sesi fotografi. Sampai saya nak amik gambar sendiri pun rasa macam mengganggu si pasangan pengantin yang tengah shoot. Huhuh. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk jadi paparazzi sahaja, curi2 ambil gambar mereka seperti di bawah, ehee.
Photoshooting sedang berlangsung
Sho Shweet...

Ada tasik juga di sini


Ait pengantin lelaki tu, sempat lagiii.....








Di bawah ini adalah shoot perasan fotografer yang saya ambil, eheh....
(padahal guna compact camera je)





Cantik tempat ini untuk photoshoot, siapa2 yang berdekatan Ipoh, suruhlah O.P anda bawa anda ke sini ye, hee.... Malam itu ke Green Town Mall dan Gerbang Malam... Hujan renyai-renyai..... Oh, malam tu juga Malaysia kalah dengan Bahrain 2-3, eh, tiba2.

Tips kesihatan dari penceramah:
Orang yang kurus biasanya mempunyai tahap kolesterol yg tinggi sebab badannya kurang kemampuan untuk tukarkan kolesterol menjadi lemak. Orang yang xxl itu biasanya mempunyai kolesterol rendah kerana kolesterol2 tersebut telah ditukar menjadi lemak yang menyumbang kepada tumbesaran badan.... (saya orang yg dah dua kali disahkan mempunyai kolesterol tinggi, wuu..)


checklist kursus kahwin: Done!


P/S: pergi la tengok Ombak Rindu, menyayat hati betul cerita tu, best!

Thanx with

Thursday 17 November 2011

Counting the days....

(my best snap before its gone foreva..... urghh!)

100 days to go.....
the day that I'll be officially yours
And U'll be officially mine
Dup, dap!

Thanx with

Rawatan Facial - HerbaLine

Assalamualaikum,
Bulan Oktober adalah bulan di mana umur saya akan menginjak 1 tahun lebih tua.... I'm Libran. Jadi banyak promotion call masuk. Salah satu adalah Herbaline. Tahun lepas pernah buat facial dekat sini dengan kawan sebab ada promotion jugak. 
Memang sangat best buat facial kat sini. Lepas consultation, bila masuk je ke dalam rasa damai sangat, lighting yang sangat sesuai, interior design pun cantik. Sebelum buat facial, rendam and cuci kaki dulu guna garam laut dan warm water, ada aroma therapy and minuman herba. Produk dia memang dari bahan herba semulajadi saja. Rasa relax sangat dengan muzik yang tenang masa buat rawatan. Harga dia bergantung kepada rawatan lah. Kalau lagi lama dah tak buat facial dia buat yang lagi mahal punya, kalau dah tiap2 bulan pergi, mesti la buat facial yang biasa2 saja....
Memang sebelum ni niat nak pergi wat facial every month starting 6 months before wedding, tapi oleh kerana kekangan masa (eceh), barulah dapat buat 29 Oktober hari tu. Saja pilih hari Sabtu sebab taknak kelam kabut kalau pergi lepas office hour. Masa saya pergi ni, oleh sebab dah lama tak buat facial kenalah buat extra treatment sikit. Rasanya 2 kali pakai mask kot. Ada proses pengewapan, urutan wajah, leher dan tangan, deep cleansing mask, dead cells removal, eye treatment sebab dikatakan mata ini nampak sembab, and others. Dua jam tu rasa relax sangat-sangat. Kecuali masa nak remove dead cells tu, hehe, tahan la sikit, memang perit...
Lepas habis rawatan facial, boleh jugak buat fish spa kalau nak. First time datang dulu buat la, tapi kali ni tak, geli. Lagipun ada isu jugak pasal fish spa ni kan, jadi tak berani lerr.... Total-total lepas beli mask harga RM32 and after dicount kenalah dalam RM174. Apapun its worth it, sebab dah lama tak buat kan... huhu... Lepas facial, memang dia akan promote produk dia especially kalau kita takda guna apa2 produk lagi. Contoh, kalau kita tak pakai toner, dia akan promote toner dia. Produk dia memang best. Saya suka Nano Aloe Vera gel dia, memang sangat best pakai dan sesuai je dengan kulit ni.
The aloe vera gel
(RM60)
Herbal Mask, yg kat depan tu....
3 packs inside, boleh pakai 6 kali
(RM32)

Kalo tak sayang duit, nak jugak mengangkut banyak2, tapi kenalah sedar diri, huhu....
Next appointment is this month end, with a friend. 
Apapun, I'm one of their satisfied customer.

Thanx with

Wednesday 16 November 2011

Sambungan DIY Pomander Ball

Assalamualaikum,


Okey2, saya nak sambung pasal pomander ball sebab sekarang tak mengantuk dah...^^ 

Pomander ball sebenarnya ada macam-macam bentuk rupa. Sila google untuk percaya cakap saya. Saya dah buat dah, ini contoh-contoh dia pomander ball yang cantik... Boleh hias dekat pelamin ke, dekat dalam bilik ke, dekat langsir ke... Or dekat mana-mana ikut suka hati.... Asalkan suka... Contoh dia macam kat bawah ni....








Lepas bump into blog missyida, terus berminat nak try buat pomander ball cara yang sama macam dia buat, nampak cantik sangat. Bersemangat betul pergi cari bahan nak buat, memang saya tiru sebijik2 step yang missyida ajar, sangat jelas step yang dia tunjuk, except saya tak cucuk paper crepe yang dah siap tu dekat bola, tapi gam guna pistol gam sebab dawai yang saya guna sangat lembut, takut nanti tercabut pulak. Part yang palingg menuntut kesabaran adalah nak membentuk crepe paper tu sebelum boleh dilekat pada bola kecik tu, hadeh, sakit tangan2 ni pintal dawai, sebab kena buat banyak supaya pomander ball tu nampak cantik dan padat je paper tu.... Apapun it's really worth it bila dah siap, memang sangat cantik, tapi ini agak time consuming, kalau rasa malas, bolehlah fikir banyak kali, haha.... 

Versi pertama yang saya buat memang jadi besar sebab paper crepe tu panjang, jadi untuk yang kedua saya pendekkan paper crepe tu, so pomander ball tu jadi kecik dan comel sket.... And saya pilih colour yang agak striking sebab saya akan gunakan untuk hias pada langsir bilik saya yang mana saya bakal guna banyak colour putih, Jadi dia akan contra dekat situ.

Ini yang missyida buat:

Dan ini yang saya buat:
 Oklah tu kan? Yang shocking pink tu versi pertama
Setelah dirasakan besar sangat saya kecilkan jadilah versi kedua yang purple itu.....

Sebelum pomander ball itu siap, kena lah rajin buat yang ini dulu ye, anggaran dalam 70-80 kuntum....


Bahan yang saya gunakan:

  1. Bola polistrin yang saiz kecil - RM2.90 (sebenarnya boleh dapat yg lagi murah, RM1 pun dah boleh dapat, tah apesal saya beli yg mahal, uhuh)
  2. Segulung paper crepe - RM5.00 for 2 (buy 1 free 1 at Yen Riben, Semua House)
  3. Dawai hijau yang lembut tu - RM1 je kot...
  4. Riben untuk gantung - RM2.90 segulung
Bahan tambahan:
-gunting
-pistol gam - RM15 tapi boleh guna banyak kali kan?

Total cost per unit tak terhitung sebab kos usaha dan tenaga sangat mahal, hehee..... 
Saya bakal guna untuk hias bilik, Insya'Allah...
Nak siapkan beberapa lagi neh......
Wish me luck!


Thanx with

My diy pomander ball

Assalamualaikum,

Saya nak update, tapi mata sangat mengantuk.... Nasib baik hari ni hari Rabu, jadi boleh letak satu gambar tanpa cerita panjang lebar bukan?

Ini diy pomander ball berwarna striking pink hasil tangan sendiri... Suka3! Tapi nak pengsan jugak buat dia rupanya.....phew....  Baiklah, to be continued....^^

Thanx with

Wednesday 9 November 2011

Satu Dua .... Selesai....

Assalamualaikum,
Oh, saya masih wujud rupanya, tarik nafas lega. Konon-konon busy lah tu tak update apa langsung kat sini, sila jangan tertipu, sebenarnya saya bersenang lenang goyang kaki makan lemang rendang ayam macam-macam especially Raja Haji yang baru lepas ni. Gebang pasal majlis kahwin memang tak berhenti, cuma mulut je yang jalan, tangan kaki apa semua kat situ jugak, tak gerak, alahai. 

Tapi tapi tapi, lega. Hasrat nak setelkan pasal pakej pelamin apa semua dah saya setelkan waktu cuti raya baru-baru ni, syukur sangat walaupun tu baru kira 10% je kot dari total persediaan kerja kahwin. Sehari sebelum raya, saya mak dan adik redah ke pekan menuju ke sebuah butik kahwin (yang mana si adik bongsu terkantoi berada di CC sebelah butik). Masa tu memang dah malas fikir, suka ke tak suka ke apa ke, kena jugak pilih kat situ dan masa tu jugak. Tak boleh nak delay2 lagi. This is the only moment yang tinggal. Lagipun bukan selalu saya dapat balik kampung. Masa sebelum bulan puasa dulu memang saya, si dia n my family dah pi survey-survey kat beberapa butik pengantin. Ada yang mahal tahap cipan dan ada yang sangat reasonable sampai tertanya-tanya hasil kerjanya, huhu. Pergi dalam 5, 6 butik dan dah ambil quotation apa semua, simpan dalam wedding journal pastu compare-compare yang mana okey. Tapi last-last ambil kat butik lain pulak, yang tak pernah singgah lagi sebelum ni. Rezeki awak lah tu akak. Sebab lebih dekat dengan rumah dan mak pun asyik sebut-sebut je pasal butik ni, jadi harus lah jadi anak yang patuh dan taat pada ibu.

Sebenarnya saya tak ambil pakej yang dia tawarkan pun, sebabnya semua pakej yang disediakan termasuk bilik pengantin and saya taknak pakej untuk bilik. For me, bilik is a private place and saya taknak serabut dengan so much thing kat dalam bilik tu nanti, macammana nak tidur lena? Jadi pilih je satu-satu. 

Yang saya pilih:
  • Pelamin
  • Hiasan meja makan
  • Persalinan Lelaki dan Perempuan
  • Mekap
Total-total saya rasa mahai jugak la, tapi belasah ja la, walaupun rasa aduyai membazirnya daku for one day event only. Tapi saya pujuk hati, but its a once in a lifetime day, the most precious day, so..... redha sahaja.

Sebenarnya, nak bergebang pasal pelaminan daku itu. Dok belek-belek album, saya berkenan yang satu ni. Yang saya kira cantik, dan boleh menepati tema warna yang saya nak. But the price doubled from yang petak punya. Yep, pelamin saya yang bentuk bulat-bulat tu. tapi kat tengah je, kiri kanan panel dia petak, dah ar tak de chandelier.... Wuwuwu, abah, sponsor? Ahaha!

Bulan depan saya akan singgah lagi kat butik neh untuk drop design baju yang saya nak (tadak idea lagi) and boleh finalise the colour selection untuk baju pelamin n meja makan. Jadi sekarang saya patutnya kena stop intai2 pelamin bentuk lain dan mula intai-intai dengan bersungguhnya pelamin bentuk orbit apatah ni sebagai inspirasi. 

Contohnya macam......

ni?


cantik, macam fairytale...


ini?
 Woah... grand nye!
cowie lupa source dia

ini?
putih suci je bila tengok


ini?
really caught my attention ya know? 


and juga.. ini?
so vibrant!





dah-dah, tak yah lagi intai pelamin bentuk gini



dah-dah, pi tidur, sok kilija..


Thanx with

Sunday 23 October 2011

Corsage or boutonniere for wedding?

Assalamualaikum,

Yes, esok Jumaat! Means esoknya Sabtu, yes! Gembira sebab tak payah pergi opis.. (cakap taip begini sebab ketika kejadian adalah hari khamis, tapi sekarang sudah Ahad, huuu, sok kerja ok...) 

Berzaman tau verangan nak buat corsage/boutonniere tapi tak buat2, yang hado je....

Corsage , corsage, corsage

  • Corsages are often worn by the mothers and grandmothers of the bride and groom at a wedding ceremony in some countries.
  • The flower worn on a young woman's clothing or wrist for the homecoming celebration or other formal occasions such as prom in some schools around the world.

Boutonnière, boutonnière, boutonnière

boutonnière (French: [butɔnjɛʁ]) is a floral decoration worn by men, typically a single flower or bud. The word comes from the French word for buttonhole, which is the British term.

While worn frequently in the past, boutonnières are now usually reserved for special occasions for which formal wear is standard, such as at proms, homecomings, funerals, and weddings. (Women who wear jackets on these occasions also often may wear 'buttonholes', but more typically a woman would wear a corsage.) Nowadays, a lapel pin is worn more often than flowers on business suits.
(description ciplak dari wikipedia)


Sekarang bolehlah difahami corsage tu biasanya refer pada bunga yang diikat dekat pergelangan tangan, dan boutonniere pulak refer pada bunga yang disemat kat baju.

Jadi maknanye kat sini, saya nak buat Boutonniere lah.... alah, ataupun mak bapak kita panggil bunga rozek kan... Taknak lah buat yang ikat dekat tangan tu, tak berapa nampak, kalau boutonniere, trang tang tang jauh sebatu pun orang boleh nampak kot.... Jadi boleh segera dapatkan mereka untuk pas hadiah kahwin  --,


Bukak folder 'APPROACHING THE BIG DAY' saya untuk cari pix boutonniere yang dah diupload dan simpan rapi, lorh, ada tiga je? Tak berusaha langsung!


 Yellow rose in front of a leave....

 Macam tisu bunga nye stail nih..... ada grain di bahagian bawah tu nampak ala country siket.....

oh love this one, calla lily..... alo sweet gitu.... Memang kena dengan tema perkahwinan..
source: google

Tapi sebenarnya sebelum ni memang dah set dalam minda saya nak buat seperti gambar pertama itu, but very simple one je..... kalau rose tu ganti dengan calla lily okey gak kan. Lepas tu daun besar tu saya ganti dengan crepe paper ke..... apa ke.....And eliminate daun2 or manik2 yang kecil tu untuk simplify the whole look.... Ok ke ye? Baiklah, azam minggu ini adalah untuk kumpulkan bahan-bahan membuat boutonniere ini dan diy secara tekun.... Agak2...... tercapai tak? Haha....


Thanx with

Tuesday 18 October 2011

Veil Nikah Idaman Kalbu...

Assalamualaikum,

Sebenarnye... Okey, saya nak menyibuk jugak. Saya nak menyibuk cerita pasal veil idaman untuk nikah nanti, boleh? Hehe.. 

Dan sebenarnye.... veil nikah dah pun dibeli secara kelam kabut pada tanggal bulan 12 tahun 2010 yang lepas sebagai hantaran. Mana tak, sehari suntuk mencari baju nikah untuk hantaran, matahari dah nak terbenam baru lah dapat. Pastu pakai taram je ambik veil dekat kedai yang sama jugak, alang-alang boleh buat hantaran sekali. Eh, ada ke orang bagi hantaran baju nikah sekali dengan veil? Bahah, tu lah, tak mau pikir habis-habis. Okeylah, tak nak mendownkan diri sendiri dengan cerita yang lebih down, saya nak share2 veil yang saya suka. Yang saya suka tau, bukan orang lain.


meh, meh, kita tengok piccas...





Tengok yang ini
amboi, labuhnya, sarat jugak lace dia....


Yang ini jugak
Suweet je, classy... 


pastu tengok yang ini pulak
 Sangat gorgeous, ke sebab model dia gorgeous? Apapun, tahap labuh dia amat menepati citarasa.
Kalau saya pakai, nampak g.o.r.g.e.o.u.s macam ni tak?


Yang ini lagi
 Baru perasan, most of the lace design adalah lebih kurang sama, the difference is the veil size je....




Ini pulak?
Ha, ini lain sikit..
But nampak sedikit heavy... and agak labuh di bahagian belakang


yang ini, yang ini? 
Eh, eh, kenapa macam sama je dengan yang kat atas?


Cer tengok yang ni pulak....
Meletups taw. Suka lace dia.... Simple yet nice and suci mata memandang....
The veil is kinda pendek sikit la, sesuai pada yang prefer veil pendek..
(tapi sebenarnya veil sendiri pun pendek lebih kurang macam ni jugak...--)


Hoh, banyaknya veil idaman saya. Padahal nak nikah sekali je. Sebenrnya, ada persamaan antara semua veil2 di atas, perasan kan. Perasan lah tu... Dah cerita pun. Veil ni semuanya berlace di hujung keliling veil. And  agak labuh. Really caught attention kan. This kind of veil comes from Spain, Spanish-style gitu.. Rasanya nama veil ni adalah mantilla veil. Jadi, mari feeling2 sebagai orang Spain dengan mengenakan veil ini yeah! Nice kan. Nampak ayu-ayu. Nak nikah kena la ayu-ayu. (Sory ayu, tersedak). Tapi tak nak lah labuh sampai macam kat pic bawah ni. Naya kalau budak-budak terpijak, atau diri sendiri yang tersadung dek pembawakan veil labuh macam ni, tak kuasa taw.




But beware, kalau tersalah pilihan dekat bahagian lace tu, boleh terkonpius dengan lapik meja yang emak baru beli bulan lepas. So, berhati-hati is the keyword. No, pilihan tepat is the keyword. Tak kisah la, yang penting, biar ia nampak ekslusif. Ekslusif untuk pengantin baru...






Rasanya, saya paling suka yang dibawah ini lah, veil nikah idaman yang menusuk qalbu....

love love love.....



Thanx with

Friday 7 October 2011

Wedding Photo by Nuzultaufiqart




Woww.... Rasa nak menjerit tengok gambar-gambar cantik ni... Bestnya kalau dapat buat wedding photoshoot dengan hasil yang macam kat atas ni. Cantik gila! Jumpa gambar cantik ni dekat nuzultaufiqart. Dia wedding photographer dekat area utara, pantai timur and pantai barat. Syioknya orang sana boleh hire dia jadi OP. Rasa-rasanya saya pun boleh juga tak? Hehe.

Thanx with
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...