Assalamualaikum,
Oh, saya masih wujud rupanya, tarik nafas lega. Konon-konon busy lah tu tak update apa langsung kat sini, sila jangan tertipu, sebenarnya saya bersenang lenang goyang kaki makan lemang rendang ayam macam-macam especially Raja Haji yang baru lepas ni. Gebang pasal majlis kahwin memang tak berhenti, cuma mulut je yang jalan, tangan kaki apa semua kat situ jugak, tak gerak, alahai.
Tapi tapi tapi, lega. Hasrat nak setelkan pasal pakej pelamin apa semua dah saya setelkan waktu cuti raya baru-baru ni, syukur sangat walaupun tu baru kira 10% je kot dari total persediaan kerja kahwin. Sehari sebelum raya, saya mak dan adik redah ke pekan menuju ke sebuah butik kahwin (yang mana si adik bongsu terkantoi berada di CC sebelah butik). Masa tu memang dah malas fikir, suka ke tak suka ke apa ke, kena jugak pilih kat situ dan masa tu jugak. Tak boleh nak delay2 lagi. This is the only moment yang tinggal. Lagipun bukan selalu saya dapat balik kampung. Masa sebelum bulan puasa dulu memang saya, si dia n my family dah pi survey-survey kat beberapa butik pengantin. Ada yang mahal tahap cipan dan ada yang sangat reasonable sampai tertanya-tanya hasil kerjanya, huhu. Pergi dalam 5, 6 butik dan dah ambil quotation apa semua, simpan dalam wedding journal pastu compare-compare yang mana okey. Tapi last-last ambil kat butik lain pulak, yang tak pernah singgah lagi sebelum ni. Rezeki awak lah tu akak. Sebab lebih dekat dengan rumah dan mak pun asyik sebut-sebut je pasal butik ni, jadi harus lah jadi anak yang patuh dan taat pada ibu.
Sebenarnya saya tak ambil pakej yang dia tawarkan pun, sebabnya semua pakej yang disediakan termasuk bilik pengantin and saya taknak pakej untuk bilik. For me, bilik is a private place and saya taknak serabut dengan so much thing kat dalam bilik tu nanti, macammana nak tidur lena? Jadi pilih je satu-satu.
Yang saya pilih:
- Pelamin
- Hiasan meja makan
- Persalinan Lelaki dan Perempuan
- Mekap
Total-total saya rasa mahai jugak la, tapi belasah ja la, walaupun rasa aduyai membazirnya daku for one day event only. Tapi saya pujuk hati, but its a once in a lifetime day, the most precious day, so..... redha sahaja.
Sebenarnya, nak bergebang pasal pelaminan daku itu. Dok belek-belek album, saya berkenan yang satu ni. Yang saya kira cantik, dan boleh menepati tema warna yang saya nak. But the price doubled from yang petak punya. Yep, pelamin saya yang bentuk bulat-bulat tu. tapi kat tengah je, kiri kanan panel dia petak, dah ar tak de chandelier.... Wuwuwu, abah, sponsor? Ahaha!
Bulan depan saya akan singgah lagi kat butik neh untuk drop design baju yang saya nak (tadak idea lagi) and boleh finalise the colour selection untuk baju pelamin n meja makan. Jadi sekarang saya patutnya kena stop intai2 pelamin bentuk lain dan mula intai-intai dengan bersungguhnya pelamin bentuk orbit apatah ni sebagai inspirasi.
Contohnya macam......
ni?
cantik, macam fairytale...
ini?
Woah... grand nye!
cowie lupa source dia
ini?
putih suci je bila tengok
ini?
really caught my attention ya know?
and juga.. ini?
so vibrant!
dah-dah, tak yah lagi intai pelamin bentuk gini
dah-dah, pi tidur, sok kilija..
Thanx with ♥
2 comments:
xpe..angan2 jd nyata mana tau kan dear..:)
hehe, thanx Kina. hopefully la... Takut gak kalau2 lain imagine lain lak yg jadi....
Post a Comment