Assalamualaikum,
Kalo tak sayang duit, nak jugak mengangkut banyak2, tapi kenalah sedar diri, huhu....
Next appointment is this month end, with a friend.
Apapun, I'm one of their satisfied customer.
Bulan Oktober adalah bulan di mana umur saya akan menginjak 1 tahun lebih tua.... I'm Libran. Jadi banyak promotion call masuk. Salah satu adalah Herbaline. Tahun lepas pernah buat facial dekat sini dengan kawan sebab ada promotion jugak.
Memang sangat best buat facial kat sini. Lepas consultation, bila masuk je ke dalam rasa damai sangat, lighting yang sangat sesuai, interior design pun cantik. Sebelum buat facial, rendam and cuci kaki dulu guna garam laut dan warm water, ada aroma therapy and minuman herba. Produk dia memang dari bahan herba semulajadi saja. Rasa relax sangat dengan muzik yang tenang masa buat rawatan. Harga dia bergantung kepada rawatan lah. Kalau lagi lama dah tak buat facial dia buat yang lagi mahal punya, kalau dah tiap2 bulan pergi, mesti la buat facial yang biasa2 saja....
Memang sebelum ni niat nak pergi wat facial every month starting 6 months before wedding, tapi oleh kerana kekangan masa (eceh), barulah dapat buat 29 Oktober hari tu. Saja pilih hari Sabtu sebab taknak kelam kabut kalau pergi lepas office hour. Masa saya pergi ni, oleh sebab dah lama tak buat facial kenalah buat extra treatment sikit. Rasanya 2 kali pakai mask kot. Ada proses pengewapan, urutan wajah, leher dan tangan, deep cleansing mask, dead cells removal, eye treatment sebab dikatakan mata ini nampak sembab, and others. Dua jam tu rasa relax sangat-sangat. Kecuali masa nak remove dead cells tu, hehe, tahan la sikit, memang perit...
Lepas habis rawatan facial, boleh jugak buat fish spa kalau nak. First time datang dulu buat la, tapi kali ni tak, geli. Lagipun ada isu jugak pasal fish spa ni kan, jadi tak berani lerr.... Total-total lepas beli mask harga RM32 and after dicount kenalah dalam RM174. Apapun its worth it, sebab dah lama tak buat kan... huhu... Lepas facial, memang dia akan promote produk dia especially kalau kita takda guna apa2 produk lagi. Contoh, kalau kita tak pakai toner, dia akan promote toner dia. Produk dia memang best. Saya suka Nano Aloe Vera gel dia, memang sangat best pakai dan sesuai je dengan kulit ni.
The aloe vera gel
(RM60)
Herbal Mask, yg kat depan tu....
3 packs inside, boleh pakai 6 kali
(RM32)
Next appointment is this month end, with a friend.
Apapun, I'm one of their satisfied customer.
Thanx with ♥
No comments:
Post a Comment