Assalamualaikum,
Ya ampunnn..... saya sangat rindu sama kamu blog. Sudah lama tidak kekunjungan secara serius. Tengok, sudah pukul 1 pagi dan kepala sudah weng weng baru terbuka hati nak sign in and click new post. Its all about ilham kan. And its all about timing. This is just (maybe) a perfect time. Eh, melalut. Cakap saja kau malas duduk bersila depan laptop dan taip entri baru serta upload gambar sebab screen laptop kau asyik blink warna gelap dan pastu ada kesan gegaran secara tidak henti. Sebab tu kau tak ada hati nak merajinkan diri kan. Eh, melalut lagi. Luahan hati seorang B2B.
Today, tiada apa yang mahu saya kongsikan mengenai persiapan saya ke hari besar itu. (Nada serius sebab sudah tengah malam). Akhir-akhir ini, kepala saya sarat berfikir, macam-macam. About the wedding, about the marriage, about my family, about the future family, about me, and about me as a Muslim. Segala benda yang boleh difikir menerjah masuk dalam minda. Kata kawan, bila hari makin hampir ke situ, dugaannya makin kuat. Cubaannya makin banyak. Bergantung kepada individu itu untuk tangani segala hal.
oh, bila saya kata dugaan, tiada dugaan besar yang menimpa saya. Cuma diri ini terlalu banyak bermonolog (cakap dalam hati) dan merenung ke hadapan yang tak jelas, merunsingkan diri dengan segala hal. Cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Bagusnya kalau sebulan itu sudah berlalu tanpa saya perasan, tahu2 sudah jadi isteri orang, huahua. Hilang segala bebanan dan 'masjid' pun sudah selamat didirikan. Tapi saya sedar saya bukan hidup dalam dunia magis. Jadi saya harus tempuh masa yang kritikal ini. KRITIKAL. Your body and your mind starts to work harder this time. You have to be strong to go through this tough time. It may not happen to all, but I believe the last-minute-person like me will have to go through this critical time. Ada sahaja yang mengganggu jiwa.
Oh, bosan sudah melalut seperti di atas.
Mungkin bila sudah pukul satu pagi tulisan akan melalut sebegitu rupa.
Saya mahu kongsikan sesuatu.
Dari seorang encik di pejabat.
Pesanan dia pada tahun 2009 masih jelas saya ingat, dan selalu terngiang2 di telinga.
Ada tiga benda yang kamu kena terima dengan suami kamu:
1. Terima keluarga dia
2. Terima kawan dia
3. Terima hobi dia
Mudah bukan.
Tetapi, mudahkah untuk melakukannya?
Insya'Allah, saya akan ingat pesan ini.
Sekadar gambar hiasan