When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.

~Nora Ephron, When Harry Met Sally

Thursday, 5 May 2011

Inspirasi Raja Sehari

Demi melakar sejarah pada detik indah dan penuh makna itu, pasti banyak yang perlu difikirkan, pasti banyak yang perlu diambil kira dan banyak jugalah persiapan yang harus dimulakan. Mulai dari pelamin kemudian ke baju persalinan, ke bilik pengantin, ke makanan tetamu, dan macam-macam lagi hinggalah ke cenderahati buat  tetamu. Banyak yang perlu dititik beratkan demi kepuasan diri dan semua yang terlibat. Mujur, dengan zaman teknologi yang canggih, banyak idea boleh digali di dunia tanpa sempadan ini, ya, internet. Banyak website-website dan blog-blog peribadi yang berkongsi idea dan pengalaman melaksanakan majlis gemilang masing-masing. Bahkan, ada yang telah menjadi perunding majlis hasil kretiviti menata majlis perkahwinan yang ditonjolkan di ruangan blog peribadi milik mereka. Para perunding majlis sedia ada jugak turut dapat mengembangkan bisnes dengan capaian pelanggan yang lebih luas. Segalanya lebih mudah sekarang. Tidak hairan, kita dapat lihat perkembangan yang pantas dalam menghasilkan sesuatu yang unik dan tersendiri bagi menata sesuatu majlis perkahwinan. Syabas dan terima kasih buat mereka ini. InspirasiRajaSehari juga tidak melepaskan peluang ingin melibatkan diri. Berkongsi idea dan mencari inspirasi. Kerana majlis itu pasti sesuatu yang sangat indah untuk dikenang. Pasti kita mahukan yang terbaik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...