Assalamualaikum,
Malam ni nak share apa ye sebelum tidur... Ermmm, tadi, tengah main tukar-tukar siaran sementara tunggu cerita Jiwa & Lara, saya terbuka TV9, Semanis Kurma (bukan Manisnya Kurma Ini ^^) tengah bersiaran. Dan tajuknya 'Dia Untukku'. Saya tahu, eh saya tak tahu tapi saya yakin mesti ramai bride-to-be yang suka layan Semanis Kurma, nak buat bekal ilmu untuk melangkah ke alam rumahtangga, kan kan.... Dulu saya memang kaki tv tapi sekarang mungkin disebabkan faktor kedewasaan, saya hanya menonton cerita yang saya mahu tonton sahaja. Jadi memang jarang-jarang terserempak dengan Semanis Kurma. Tapi tadi dah terserempak, saya layankan jugak, nak ambil ilmu, hehe. Terima kasih Ustaz dan Ustazah atas ilmu itu. Semoga saya (dan semua) mendapat manfaat dari ilmu tu dan terpelihara dari melakukan khilaf.
Dia Untukku banyak diskus pasal ciri-ciri jodoh pilihan. Ustaz Asyraf Imam Muda dan isterinya yang cantik itu jadi tetamu jemputan. Kedua-dua pasangan yang saya nampak kat TV tu sweet couple lah. Dahlah kebetulan kedua-dua pasangan berbaju sedondon warna biru, kata Ustazah, itupun dikira jodoh. Memang mereka berjodoh antara satu sama lain. Hmm... saya pun kalau ke kenduri kahwin atau melihat pasangan2 suami isteri yang secocok bangat, pasti terdetik di hati 'they're match made from heaven'. Ye, bila diperasan-perasankan, kita dapat lihat bagaimana sesuatu pasangan tu secocok sangat bila bersama. (Sesuatu? tak tahu la pulak penjodoh bilangan yang tepat untuk 'pasangan', huhuhu...) Saya harap saya dan bakal suami pun macam tu. Kalau berbeza sekalipun, biarlah kami saling lengkap-melengkapi. Barulah boleh cakap 'U complete me' dekat pasangan macam dalam cerita Jerry Mcguire tu, ekeke....
Nak tahu 10 petanda si dia sesuai dijadikan suami? Jom cek kat bawah ni, saya jumpa dari majalah favorita saya, Commopolitan (edisi kawin-kawin)...
1. Setiap kali kalian keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu, bukan sebaliknya.
Cek: Bila kami keluar bersama, biasanya kami share the duit poket. Means that biasanya makan memang saya yang bayarkan, kadang-kadang ada juga dia bayarkan. Si dia pulak akan uruskan duit petrol, tol, tiket wayang, things and things... So, ada give and take di situ, jadi saya tak kisah sangat.
2. Bila melihat seorang ibu mengandung masuk ke dalam LRT, dengan hormatnya si dia akan berdiri dan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.
Cek: Her her, kami jarang naik LRT bersama, kalau adapun sekali dua saja, dan lebih prefer untuk berdiri je kalau orang ramai. Tapi kalau berani dia tak beri tempat duduk pada wanita mengandung, memang maknanya dia tengah tunggu nak kena sound dengan saya la tu, huhu. Tapi saya tau dia tak akan buat macam tu. Berani la!
3. Baginya kelebihan yang kamu miliki adalah sesuatu yang baik untuk diri kamu seperti bab pangkat, gaji dan juga kelulusan. Dia tidak pernah berasa dengki atau tercabar seperti jejaka lain yang berfikiran kolot.
Cek: Yep, dia memang seorang yang sangat supportive, sentiasa je support apa-apa yang baik untuk saya. Even saya pun selalu bagitau how supportive he is towards me. Memang tak de laa nak dengki-dengki ke tercabar ke.
4. Dia tidak pernah sekalipun mengasari kamu atau menggunakan kekerasan jika berlaku salah faham atau berselisih pendapat.
Cek: Saya adalah si kaki rajuk yang sangat sensitif, especially towards him, hewhew. Nasib baik dapat si dia yang boleh terima perangai saya ni. Tak pernah sekalipun dia nak berkasar dengan saya. Saya berkasar dengan dia adalah, haha.
5. Walau sesibuk mana sekalipun, si dia pasti akan meluangkan masa untuk makan bersama ibu bapa dan adik beradiknya di rumah seminggu sekali.
Cek: Oh, dia memang tinggal bersama family since tempat kerja memang dekat dengan rumah family dia. So, full mark la kot untuk yang ini.
6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kalian sedang berbual-bual dengan teman-teman mengenai isu semasa.
Cek: Apalah ertinya lelaki kalau tak sembang pasal bola dengan politik. Jadi saya layankan aje, walaupun kadang-kadang tu blur dengan topik perbincangan mereka. Saya si wanita yang sembang bab artis dan kecantikan, ehek.
7. Selepas keluar bersamanya di waktu petang, si dia akan hantar kamu pulang sehingga ke depan pintu rumah dengan selamat, kemudian barulah si dia beredar.
Cek: Kadang-kadang dia hanya stay dalam kereta, kadang-kadang dia hantar sampai depan lif dan kadang-kadang dia hantar sampai depan pintu. Saya tak kisah sebab tak pernah nak paksa dia hantar sampai depan pintu pun asalkan hantarkan saya balik rumah, sudah. Tapi kalau hantar saya balik ke kampung, memang dia akan masuk ke rumah berjumpa makbapak saya dulu, baru la sopan. Sekali tu siap mintak maaf sebab terlambat hantar saya, waktu tu pukul 9 malam...^^
8. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersamanya.
Cek: Memang dia la pemberi semangat pada saya. Setiap kali saya down, dia orang pertama yang saya nak cakap dan luahkan perasaan. Tak pernah pun dia mengeluh and layan je keluh kesah saya ni. Siap buat follow up on how i feel padahal kadang tu saya pun dah lupa, haha.
9. Kamu senang dengan caranya yang sopan kala dia bertegur sapa dengan makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak.
Cek: Haih, memang la kena sopan-sopan dengan orang.
10. Setiap kali cuti semester datang, si dia pasti akan mencari kerja sambilan bagi mengisi masa lapang selain mencari duit poket. Itu tandanya dia seorang yang berdikari!
Cek: Kadang-kadang bila kawan dia ajak buat kerja sambilan dia ikut jugak, dan dia pasti akan bagitau saya juga. At least boleh tambah duit poket.
Berapa markah nak bagi ni? Haha, ini saja je suka-suki buat. Nak update pasal wedding, tah satu pun tak prepare lagi, duh!
P/S: Saat ini, saya masih belum boleh cakap yang si dia adalah jodoh saya, kerana selagi kami tidak diijabkabulkan, belum tentu dia adalah untuk saya. Pun begitu, saya memohon kepada Allah, jika dialah jodohku, permudahkanlah segala urusan untuk kami disatukan sebagai pasangan yang sah. Amin... Yang saya pasti, saya sayangkan dia...
Thanx with ♥